Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Sembelit Selepas Bersalin??

Oh...tidak dinafikan memang ada ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami sembelit. Ouchhh..sangat ngeri bila difikirkan. Di saat kat bahagian bawah tu masih sakit akibat jahitan luka bersalin, sekarang ditambah pula dengan sembelit. Mari baca info ni ye..

Kenapa sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
~anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
~anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
~anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
~anda mendapat jahitan.


Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut.

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.

Saya telah cuba tetapi masih tidak berjaya. Apa yang patut saya lakukan?

Menolak dan meneran tidak akan membantu sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda. Cubalah teknik berikut (bergelar "menyangga dan membonjol"!) untuk membantu anda menggerakkan usus tanpa meneran.

  • Letakkan tangan atas perut.
  • Tarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan pinggang melebar. Ini diberi nama "menyangga".
  • Sekarang buat yang sebaliknya - tolak otot perut anda keluar ke dalam tangan anda - anda akan terasa hendak menyebut "uggghh" apabila melakukan ini (buatlah secara perlahan jika anda khuatir ada orang yang mendengar!). Ini diberi nama "membonjol".
  • Buatlah lebih kurang 10 sangga dan bonjol, kemudian akhirinya dengan satu bonjol yang panjang (lebih kurang tiga hingga lima saat). Relakskan lantai pelvis anda semasa melakukan ini. Pergerakan usus akan berlaku ketika anda membonjol
  • Jika ini tidak berlaku, jangan pula meneran. Buat beberapa sangga dan bonjol lagi, kemudian cuba lagi.


Jika tiada apa yang berlaku, buatlah beberapa senaman lantai pelvis, tinggalkan tandas dan cuba lagi kemudian.

Anda akan mendapati bahawa jika anda makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

Sebaik saja anda sudah makan dan minum, jangan duduk, pergi bawa berjalan-jalan dekat-dekat dahulu.

Jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda mungkin menghidapi sembelit sementara jadi beritahu doktor anda dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

Untuk mencegah sembelit secara jangka panjang:

  • Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda - jangan terlalu sibuk sehingga tidak menyedari tanda-tanda saran yag ada.
  • Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit - ini termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
  • Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.
  • Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.
  • Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.

SUMBER:http://www.babycenter.com.my/a1044760/sembelit-selepas-bersalin

Ibu-ibu boleh juga cuba amalkan makan epal merah..insyaAllah membuang memang lawas.


Selain itu,makanan yang boleh mengelakkan sembelit ialah;
  •  betik
  • strawberry
  • cincau
  • timun batang
  • daun kucai
  • pisang
  • temulawak
  • ciku
  • lobak merah
Tapi kita yang tengah dalam pantang ni, bukan semua buah berani makan kan huhu..saya pun berani makan epal merah sahaja. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada daya ketahanan badan masing-masing. Ada orang makan ok jer, ada sesetengah orang jadi bentan pula

Bagi ibu yang sedang dalam pantang, mencari-cari produk yang dapat mengatasi masalah sembelit ni, mari saya kenalkan dengan produk HOT, khas untuk masalah yang menyakitkan ini.


~terdiri daripada Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
~milk booster
~ mengelakkan imsomnia
~membantu ibu untuk mudah bangun pagi
~mengatasi sembelit untuk ibu dalam pantang

~membantu dalam sistem pelawasan
~bertindak sebagai kacip fatimah untuk wanita
~milk booster

Ha..selain mengatasi sembelit, kedua-duanya juga adalah milkbooster..memang untung sangat-sangat. Jom banyakkan susu hehehe...


Jika berminat, anda boleh lah hubungi saya melalui salah satu cara berikut ye;

sms/call/whatsapp ke 0199741794

sms 0129875143

pm saya di FB Liss Nurr

like Fb Page saya The Vitamin Story





Sunday, 19 January 2014

Betulkah Supplemen ALFALFA Berbahaya???

Sepanjang Januari 2014 pihak Shaklee membuat promosi untuk ALFALFA Complex, beli 6 percuma 1. Memang sangat murah dan berbaloi untuk memiliki Alfalfa sekarang. Namun di tengah-tengah kerancakkan promosi produk 'raja segala tumbuhan' ini, terdapat desas desus mengatakan Alfalfa tidak selamat atau dengan kata lainnya berbahaya. Betul ke supplemen ALFALFA berbahaya? Jom kita berkongsi informasi mengenai Alfalfa berdasarkan kajian saintifik dan saranan pakar pemakanan tentang isu ini

Bersederhanalah; berlebihan itu memudaratkan


Isu yang paling penting yang perlu diperhatikan di sini ialah DOS pengambilan Alfalfa. Isu Alfalfa memudaratkan dan berbahaya kepada kesihatan ialah apabila pengambilannya dengan dos yang berlebihan dan makan tanpa mengikut panduan dan saranan yang diberikan oleh pengedar Shaklee yang berpengalaman. Setiap pelanggan Shaklee seharusnya mendapat panduan cara pemakanan yang betul bagi menjamin keberkesanan supplemen ini secara optimum. Bersederhanalah dengan mengikut panduan makan yang betul dan pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk badan memproses alfalfa untuk mendapat khasiatnya yang pelbagai.



Bahaya Estrogen?

Salah satu sifat Alfalfa ialah ia menyerupai ESTROGEN. Kerana sifat inilah Alfalfa adalah..

Milkbooster terbaik

Kombinasi Alfalfa dengan reseptor estrogen dalam tubuh badan hanya mempunyai kesan seperti estrogen sangat minima. Maka dengan itu, Alfalfa tidak menyumbang kepada kesan estrogen yang tinggi dan menyebabkan wujudnya komplikasi kesihatan seperti kanser dan sebagainya. Panel On Dietetic Products, Nutrition and Allergies, European Food Scientific Authority menerangkan walaupun Alfalfa mengandungi phytoestrogens (coumestrol and isoflavones), ia tidak mudarat dan tidak menjadi isu kesihatan apabila diambil dengan dos harian (10g).

Dr, Zubaidi juga ada menulis dalam blognya, yang menyatakan;
"Penggunaan Alfalfa berpanjangan dalam kuantiti yang BESAR juga MUNGKIN TIDAK SELAMAT bagi wanita hamil dan menyusukan anak. Ramai yang gelabah membaca artikel Dr. Zubaidi kerana terlalu fokus kepada perkataan TIDAK SELAMAT, namun tertinggal isu yang lebih penting iaitu KUANTITI YANG BESAR.

Maka, fokuslah kepada khasiat Alfalfa, bukannya kepada kesan negatif atau mudarat  yang tidak mungkin berlaku jika anda makan dengan panduan yang betul seperti yang disarankan.

Alfalfa sebabkan alergik?

Alfalfa adalah bersifat alkali dan berfungsi untuk meneutralkan asid dalam darah dan merupakan agen detoks terbaik. Ada segelintir yang mengalami 'healing crisis' atau krisis pemulihan yang disebabkan oleh tindak balas bahan toksik dalam badan dengan Alfalfa Complex Shaklee. Proses penyingkiran bahan berasid atau toksik mungkin mendatangkan beberapa simptom yang kurang disenangi dan ada yang terus menyatakan ianya alergik atau alahan dengan Alfalfa!

Panel On Dietetic Products, Nutrition and Allergies, European Food Scientific Authority menerangkan bahawa tiada aduan atau rekod untuk kesan pengambilan Alfalfa yang sub-kronik, kronik dan kesan toksik yang memudaratkan kesihatan. Maka, simptom yang wujud selepas mengamalkan Alfalfa Complex adalah krisis pemulihan yang mana ianya sangat bagus untuk badan kita.

Alfalfa bahaya untuk pesakit SLE?

L-canavanine yang wujud terutamanya dalam benih dan pucuk kebanyakan tumbuhan kekacang, disyaki bertanggungjawap dalam pengaktifan sistemik lupus eritematosus (SLE). Walau bagaimanapun, kepekatan L-canavanine dalam Alfalfa iaitu 4.3mg/kg adalah sangat rendah berbanding sumber makanan seperti tepung lentil (2800mg/kg) dan bawang (10 000mg/kg). Selain itu Alfalfa protein tidak membawa kepada anti-DNAds dan pengeluaran antibodi (penanda SLE) dalam kajian SLE. Panel On Dietetic Products, Nutrition and Allergies, European Food Scientific Authority menyimpulkan bahawa kandungan L-canavanine dalam Alfalfa adalah tidak menimbulkan kebimbangan.

Oleh itu, sekali lagi, kesan mudarat, berbahaya atau tidak ianya bergantung kepada cara pengambilan. Maka bersederhanalah, dan fokus kepada khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam Alfalfa Complex Shaklee, dan semestinya mengikut panduan dan cara pemakanannya yang betul.

Semoga dengan perkongsiannya ini dapat meleraikan segala kekusutan dan persoalan orang ramai tentang ALFALFA COMPLEX Shaklee.



(credit to bayigenius.com)

Anda masih ada persoalan mengenai ALFALFA? Apa kata anda hubungi saja saya..

call/sms/whatsapp ke 0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
Like FB Page The Vitamin Story

Tuesday, 17 December 2013

Detoks Dengan Shaklee

Detoks sebenarnya berasal dari dua perkataan, DE ~ pengeluaran TOX~ racun atau toksin. Oleh itu  detoks bermaksud proses pengeluaran dan pembuangan bahan toksik dari badan. Pembersihan dan detoks meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari tubuh kita. Organ vital yang menjadi sasaran dalam program pembersihan racun yang efektif ialah usus besar dan juga hati (liver).

Hampir semua penyakit degenaratif boleh dihubungkan dengan keadaan keracunan dalam saluran usus. Mengapa? Kerana setiap rangkaian dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, dan darah pula mendapatkannya dari usus. Setiap bahan yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding usus. Ini bermaksud, toksin yang berada di usus juga akan ikut beredar bersama aliran darah sampai ke sel-sel  diseluruh penjuru tubuh. Toksin-toksin inilah yang menyumbangkan terjadinya pelbagai penyakit kronik, akut dan degeneratif. Begitu juga menurunnya tahap tenaga dan penuaan awal.

Mengapa perlu detoks?

Salah satu penyebab terbesar terjadinya keracunan pada saluran usus adalah kebiasaan mengambil makanan yang dimasak secara berlebihan atau diproses iaitu makanan yang tidak mempunyai enzim lagi. Juga kebiasaan lebih banyak makan makanan yang membentuk asid iaitu protein (haiwan), pati dan lemak. Keadaan ini menyebabkan tubuh mengalami asidosis iaitu keadaan keasidan darah dan jaringan tubuh berlebihan

Asidosis boleh menimbulkan keradangan pada pelbagai jaringan dalam tubuh menyebabkan butir-butir darah melekat satu sama lain atau terbentuknya jaringan serabut-serabut halus dalam darah. Jaringan serabut ini membei kesan seolah-olah darah menjadi pekat. Serabut ini akan mengakibatkan peredaran sel-sel darah terganggu, sehingga bekalan zat makanan dan oksigen ke sel-sel badan terbantut.

Tubuh kita dikurniakan enzim-enzim yang diperlukan oleh pelbagai fungsi metabolisme dalam tubuh dalam jumlah yang terhad termasuk proses pencernaan. Tubuh tidak akan menggunakan enzim-enzim ini apabila makanan yang kita makan masih memiliki enzim. Terus-menerus menggunakan enzim tubuh akan menghabiskan tenaga dan menyebabkan keradangan pada pakreas. Pankreas adalh organ vital yang menghasilkan enzim pencernaan pada usus kecil. Gangguan pada pankreas menyebabkan pencernaan tidak lancar dan tubuh semakin banyak menghasilkan toksin.

Usus besar tidak mempunyai kemampuan untuk mencerna makanan. Tubuh akan memadatkan makanan yang tidak dicerna ke sepanjang dinding usus kecil. Secara semulajadi proses ini akan mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding-dinding usus. Maka terjadilah sembelit dan penyumbatan pada saluran usus besar. Selepas beberapa waktu, kotoran ini akan membusuk dan menghasilkan gas beracun. Gas lebih mudah diserap melalui liang halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel-sel tubuh dan menimbulkan penyakit.

Detoksifikasi secara berkala perlu bagi tubuh kita. Selain untuk mengurangkan hampas beracun dari tubuh, tidak ada organisma pembawa penyakit atau virus yang tahan dalam tubuh yang bersih. Terapi detoks yang paling mudah yang telah dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu ialah PUASA. Dengan pola makanan yang lebih sederhana dan semulajadi, manusia dahulu dudah tahu bahawa tubuh perlu detoks. Detoks seharusnya menjadi lebih penting untuk manusia moden dengan pola pemakanan yang cenderung menimbulkan hampas lebih banyak dan penyumbatan pada sistem tubuh.

Toksin mengakibatkan proses penuaan dan kerosakan lebih cepat pada seluruh sel tubuh. Masa tidak ada hubungan dengan penuaan.Penuaan atau proses degenerasi semata-mata adalah kerana toksin dan dehidrasi yang kita tabung selama bertahun-tahun.



Ha, kalau macam tu, macamana pula nak buang toksin dalam badan ni?

  1. Amalkan diet detoks, iaitu mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran  yang tinggi anti-oksida
  2. Minum air kosong bertapis dan bersih sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari
  3. Puasa-dapat rehatkan sistem badan dan membantu proses detoks
  4. Amalkan makanan tinggi serat
  5. Detoks dengan SHAKLEE
Apa pula supplemen detoks SHAKEE ni?

Shaklee mencadangkan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detoks bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkain produk untuk anda;



Alfalfa Complex (detoks seluruh tubuh)
  • herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar Raja Segala Tumbuhan
  • membantu proses detoks hati, usus dan darah
  • beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan
  • membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • membantu merawat masalah penghadaman
  • membantu melawaskan perut
DTX Complex (detoks hati)
  • campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis
  • membantu mengekalkan aliran hempedu
  • membina semula sel-sel hati
  • meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detix hati
  • melindungi hati dari toksin
  • merawat masalah hati
Herb-Lax (detoks usus)
  • gabungan dari 9 herba semulajadi iaitu alfalfa, daun senna, bunga mallow biru., biji adas manis cina (anise seed), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biji jintan manis, akar rhubarb dan akar culvers.
  • membantu membersihkan usus dari najis lama
  • melegakan sembelit
  • membantu pergerakan semulajadi usus
Garlic Complex ( detoks darah)
  • dihasilkan dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint.
  • membantu meningkatkan sistem penghadaman
  • mengeluarkan logam berat dari darah
  • bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • meningkatkan sistem imun tubuh
So, apa tunggu lagi. Jom detoks sekarang !!

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk atau melakukan pesanan, anda boleh hubungi saya dengan cara berikut;

~call/ sms Lisa di talian 012-9875143/ 019-9741794
~pm saya di FB Liss Nurr
~like FB Page The Vitamin Story untuk info-info terkini mengenai produk Shaklee

Belian produk dari saya membolehkan anda mendapat khidmat konsultasi secara berterusan dari saya. Dapatkan harga berbaloi-baloi dari saya  :)

produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday, 10 December 2013

Keputihan dan ALFALFA

Ada masalah berikut?
~kegatalan pada kemaluan
~selalu keluar cecair berwarna putih kekuningan dan berbau
~ketidakselesaan ketika bersama suami
~selalu memakai panty liner
Jangan anggap remeh! Ia adalah keputihan.

Keputihan merupakan salah satu gangguan pada organ reproduksi wanita.  Keputihan dikesan dengan keluarnya cairan (bukan darah) dari vagina secara berlebihan. Dalam keadaan yang normal, vagina yang sihat  memproduksikan cairan untuk membersihkan vagina dari bendasing yang tidak diingini. Cairan tersebut juga berfungsi sebagai pelincir dalam hubungan suami isteri serta membantu fungsi reproduksi.

Apa penyebab keputihan?

  • infeksi oleh mikroorganisme
  • gangguan keseimbangn hormon
  • stress
  • peradangan alat kelamin
  • bendasing dalam vagina
  • gejala penyakit seperti kanser rahim dan sebagainya
Cairan Normal
Di sekitar vagina dan pangkal rahim, dilengkapi dengan sel-sel dan kelenjar yang menghasilkan lendir. Lendir ini secara alamiah nya diperlukan sebagai pelincir. Dalam keadaan normal, lendir ini berwarna jenrnih, tidak berbau dan tidak gatal atau pedih. Keluarnya cairan ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress,bendasing dalam vagina atau rangsangan ketika bersama. Oleh kerana itu, kuantiti lendir ini meningkat saat-saat menjelang atau sesudah haid, pada keadaan rangsangan berahi atau bagi ibu-ibu yang memakai alat IUD di dalam rahim.

Cairan Tidak Normal
Cairan yang tidak normal inilah yang disebut sebagai keputihan. Dengan ciri-ciri, jumlah cairan yang keluar banyak, warna putih seperti susu basi, kuning atau kehijauan, disertai rasa pedih atau gatal dan berbau busuk. Keputihan menjadi salah satu tanda atau gejala adanya kelainan pada organ reproduksi wanita.

ALFALFA SHAKLEE dapat membantu?


Jom baca testimoni pengguna;



Apa Khasiat ALFALFA Shaklee?

♥ Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
♥ Melegakan sakit sendi dan belakang.
♥ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
♥ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
♥ Merawat arthitis
♥ Bagus untuk elergi dan ekzema
♥ Merawat asthma
♥ Mencuci usus bagi membuang toksik
♥ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
♥ Meneutralkan asid dalam badan
♥ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
♥ Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
♥ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
♥ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
♥ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
♥ Meningkatkan stamina seorang suami
♥ Melegakan sembelit
♥ Membuang angin dalam badan
♥ merawat gout
♥ keintiman
♥ MILK BOOSTER

Haaa...banyak sebenarnya khasiat ALFALFA ni tau. 
Anda ada apa-apa permasalahan kaum hawa? Atau nak tanya apa-apa berkaitan ALFALFA , jangan malu-malu untuk hubungi saya, boleh la dapat info lanjut dan harga menarik dari saya. Jom!!

call/sms Lisa 0129875143/0199741794
pm Lisa di FB Liss Nurr
Like FB Page saya The Vitamin Story

*** Amaran: ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE
*** Ibu menyusu dengan bayi mengidap G6PD juga tidak boleh mengambil produk ini



Tuesday, 3 December 2013

Set Penyusuan Double Mik Booster

Bagi ibu-ibu yang menyusu, perkataan 'milk booster' memang sinonim dengan kita kan? Kebanyakan ibu menyusu memang mencari milk booster untuk memastikan susu ibu cukup banyak  dan lancar untuk keperluan si manja. Shaklee menawarkan beberapa Set Penyusuan khas untuk ibu-ibu menyusu yang ingin menambah dan melancarkan penghasilan susu badan. Set Penyusuan lengkap Shaklee ( Set Penyusuan 3M) adalah yang terbaik untuk di amalkan kerana ia meningkatkan kesihatan badan sekaligus melancarkan penghasilan susu ibu. Set penyusuan lengkap ini sudah tentu dilengkapi dengan milk-booster untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu. Namun kita memahami sesetengah ibu mengalami kekangan bajet untuk mendapatkan Set Penyusuan 3M ini, manakala bagi sesetengah ibu pula tidak gemar untuk menelan begitu banyak supplemen dalam satu-satu masa. Jadi, pilihan yang paling tepat sudah tentulah Set Penyusuan Double Milk-Booster atau juga dikenali sebagai Set Penyusuan Bajet.

Set penyusuan bajet? Apa tuh??

Ia adalah gabungan mantap ESP (Soy Protein Isolate Powder) bersama dengan ALFALFA.

ESP (Soy Protein Isolate Powder)~  ia adalah protein susu soya daripada Shaklee yang mampu bertindak sebagai milk-booster terhebat. Anda dapat melihat kesannya dalam masa seminggu dengan syarat ibu-ibu mengamalkan pemakanan seimbang dan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari ( 25kg= 1liter air) di samping prinsip demand and supply. Kita juga dapat lihat perbezaan air susu yang dihasilkan iaitu lebih pekat dan anak nampak lebih kenyang. Eh..ye ke??? Ya, betul..kerana saya juga ibu menyusu yang mengamalkan ESP untuk kesihatan saya dan bayi saya yang kini berusia 10 bulan.

ALFALFA~ dikenali sebagai 'raja segala tumbuhan' kerana manfaatnya yang sangat banyak untuk kesihatan dalaman disamping sebagai penggalak susu.

Pengambilan Set Penyusuan Double Booster ini bukan sahaja dapat mendatangkan kesan penghasilan susu yang bertambah, tetapi dapat pula bonus yang berganda-ganda. Apa pula tu? Jom semak...

  1. Bertindak sebagai perapat
  2. Merawat masalah keputihan
  3. Agen detox
  4. Menganjalkan payudara
  5. Mengelakkan sembelit
  6. Kulit lembab,gebu dan cantik
  7. Dapat diet sebab ESP ni mengenyangkan tau..
Pendek kata, memang banyak kelebihan Set penyusuan bajet ni, tak rugi kalau ibu-ibu nak mencuba, jadi macam saya, terus JATUH CINTA pandang pertama hihi..

Jom baca testimoni pengguna







watermark nama lama (My Little Health Shoppe)... :)






Ayuh,tunggu apa lagi? Jom dapatkan set anda hari ini, jangan malu-malu untuk hubungi saya bila-bila masa, di mana jua hehehe

call / sms saya 0129875143/0199741794
pm FB saya Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story

Friday, 22 November 2013

Alfalfa Yang Owesome..

Apa itu ALFALFA??

Alfalfa adalah sejenis legum yang sangat kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi dari sayur-sayuran biasa. Sebab itulah apabila orang Arab dan Persia menjumpai tumbuhan ini buat pertama kali beberapa ratus tahun yang lalu, mereka menggelarkannya 'Bapa Kepada Makanan'.

Alfalfa mempunyai akar yang sangat dalam, iaitu kira-kira 30 meter ke bawah tanah. Dengan itu, ia dapat menyerap kekayaan nutrien dalam tanah seperti Selenium, Silikon Magnesium, Zinc dan galian seperti Potassium, Fosferos, Gangsa,Kobalt, Kromium, Kalsium, Mangan, Magnesium, Besi dengan Alfa dan Beta Karotin, Karbohidrat, Protein, Vitamin A,D,E,K dan B Kompleks, Fibrin dan sedikit lemak.Ia juga mengandungi 8 keperluan asid amino.

Alfalfa juga adalah sejenis tumbuhan yang sangat beralkali. Alkali menolong meneutralkan kandungan asid dalam badan. Protein yang terkandung dalam alfalfa adalah 18.9%  lebih berbanding daging lembu, 3.3% susu dan 13.1% berbanding dengan telur. Manakala kandungan kalsium dalam alfalfa pula adalah 14 kali lebih tinggi dari benih gandum dan 144 kali lebih dari hati.

Apa Fungsi Alfalfa??

  • Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Mengurangkan simptom PMS
  • Merawat arthritis
  • Membantu mengatasi masalah elergi dan ekzema
  • Mengatasi masalah asthma
  • Mencuci usus untuk tujuan membuang toksin
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak sebagai 'perapat' bagi wanita
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Meningkatkan stamina para suami
  • Sebagai pelawas dan mengatasi masalah sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Sebagai MILKBOOSTER untuk ibu menyusu


Ha..apa tunggu lagi?? Banyak sungguh khasiat alfalfa, tak rugi anda mencubanya. Apa kata hadiahkan sebotol untuk suami @ ibu @ ayah supaya sama-sama dapat berkongsi kebaikakan alfalfa. Jom order! Dapatkan harga istimewa dari saya, LISA, pengedar shaklee anda...

Untuk info lanjut boleh hubungi saya melalui cara berikut:
~ sms/call saya LISA 012-9875143/ 019-9741794
~pm di FB saya Liss Nurr
~like FB Page saya The Vitamin Story

produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, 3 October 2013

KEBAIKAN ALFALFA COMPLEX

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter be bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan  di dalam tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Ia digelar Raja Tumbuhan kerana khasiatnya yang pelbagai.

Pohon Alfalfa


Alfalfa Complex Shaklee merupakan   Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an.  Alfalfa Complex yang dirumuskan di Shaklee  hanya menggunakan pohon alfalfa yang terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid dan pelbagai jenis mineral surih serta vitamin. Vitamin apa ye?
Vitamin A, Vitamkin E, Vitamin B6, Vitamin K dan Vitamin D.

Alfalfa merupakan herba tradisional yanhg digunakan oleh masyarakat barat untuk plebagai jenis masalah kesihatan. Satu fakta yang menarik ialah, satu hidangan Alfalfa Complex mengandungi 300mg kalsium yang bersamaan dengan segelas susu!

Fungsi ALFALFA COMPLEX

  1. Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  2. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  3. Mengurangkan simptom PMS (untuk wanita)
  4. Merawat arthritis
  5. Membantu mengatasi masalah alergi dan ekzema (jika ekzema dialami oleh bayi, si ibu boleh mengamalkan alfalfa dan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu ibu)
  6. Mengatasi masalah asthma
  7. Mencuci usus bagi tujuan membuang TOKSIN (detox)
  8. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  9. Meneutralkan asid dalam badan
  10. Merawat masalah keputihan bagi wanita
  11. Membesar dan menegangkan payudara (wanita)
  12. Bertindak sebagai 'kacip fatimah' atau perapat
  13. Memulihkan urat selepas bersalin
  14. Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
  15. Meningkatkan stamina para suami
  16. Sebagai pelawas dan mengatasi sembelit
  17. Membuang angin dalam badan
  18. sebagai MILK BOOSTER~melancarkan penyusuan dan menambah susu badan
  19. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  20. Mengawal kolestrol dalam darah

ALFALFA COMPLEX

Apa Keistimewaan Alfalfa Complex?
  • Sumber terbaik dari daun alflfa terpilih
  • Ditanam tanpa semburan bahan kimia atau baja kimia
  • Tersedia dalam 2 botol bersaiz 330 biji dan 700 biji
  • Tanpa perisa tiruan, pemanis,pewarna atau pengawet
  • Tiada mudarat untuk bayi yang menyusu **
Siapa Perlukan Alfalfa Complex?
  • Sesiapa sahaja kecuali yang mempunyai penyakit SLE
  • Ibu menyusu kecuali bayi yang menghidap G6PD
  • Individu yang masalah resdung, ekzema, alahan, jerawat atau masalah kulit
  • Individu yang sering keletihan, lesu dan cepat penat.
** Tidak sesuai untuk bayi baru lahir kerana alfalfa adalah sejenis herba dan bersifat panas. Bayi baru lahir kebanyakannya mengalami jaundis, dikhuatiri mempengaruhi tahap bacaan bilirubin.Boleh diambil oleh ibu selepas tempoh berpantang.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Hubungi saya:
~sms/call      :019-9741794
~pm di FB   : Liss Nurr
~like FB PAGE: The Vitamin Story

Penerangan produk akan diberikan berterusan apabila anda membeli produk Shaklee dari saya