Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Monday, 23 December 2013

Kepentingan Asid Folik

Apakan Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijiran sarapan diperkaya dengan asid folik.

Mengapa Anda Perlukan Asid Folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.



Spina bifida berlaku apabila pelindung yang meliputi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda

Berapakah Jumlah Asid Folik Yang Anda Perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400mcg (mikrogram) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah Sumber Makanan Yang Terbaik?



Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan yang mengandungi 100-200 mcg folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan
  • kacang bendi, setengah cawan
  • asparagus, setengah cawan
  • lentil, setengah cawan
  • hati, 1 keping
  • 11 batang taugeh brussels
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan
  • emping bran, 7 sudu makan
  • germa gandum, 25g / 1 aun
  • betik sederhana besar
Makanan yang mengandungi 50-100mcg folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk
  • buah oren saiz besar
  • nasi putih, setengah cawan
  • oat, setengan cawan
  • kacang merah, setengah cawan
  • jagung saiz besar,1
  • biji bunga matahari, 1 aun


Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang yang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

(SUMBER: www.babycenter.com.my)

Ibu hamil juga boleh mencuba Vitamin B Complex keluaran Shaklee. Ia sangat istimewa kerana mengandungi SEMUA 8 kumpulan Vitamin B yang penting iaitu;
~B1 -Thiamin
~B2 - Riboflavin
~B3 - Niacin
~B5 - Panthothenic Acid
~B6 - Pyridoxine
~B7 - Biotin
~B9 - Folic Acid
~B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-kompleks yang dibekalkan percuma di klinik kerajaan semasa pemeriksaan rutin kehamilan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1~Thiamin, B2~Riboflavin dan B3~Niacin. Apabila ibu hamil mengambil bekalan vitamin B kompleks dan asid folik dari klinik itu, ibu hamil masih kekurangan Vitamin B5~Panthothenic Acid, Vitamin B6~pyridoxine, Vitamin B7~Biotin dan Vitamin B12~Cyanocobalamin

Setiap kumpulan B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi unik dalam tubuh manusia.
  1. Vitamin B1, B2, B3 dan Biotin mengambil bahagian dalm pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
  2. Vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino
  3. Vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel



Ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan B-Complex selepas bersalin dan semasa menyusukan bayi kerana B-Complex juga bersifat sebagai penenang atau anti-stress. Kulit ibu pun gerenti cantik dan mulus. Ingat, B for Beauty ye  :)

Jika berminat untuk mencuba, atau nak dapatkan lebih info, jom hubungi saya...
~call / sms jer 012-9875143/ 019-9741794
~pm saya Lisa di FB Liss Nurr
~like FB Page The Vitamin Story untuk info terkini








Wednesday, 18 December 2013

Apa Itu Stress

Apa Itu Stress?

Dr Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. 'Bebanan' ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai 'eustress' dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai 'distress'. Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang kita sedang lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu, contohnya Alexander Graham Bell yang berusaha membantu tunangnya yang telah kehilangan pendengaran dengan mencipta telefon yang telah meledakkan sistem komunikasi pada hari ini.

Apa Yang Berlaku Ketika Stress?

Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah ( untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan bertukar menjadi 'distress' yang boleh menyebabkan kita ditimpa penyakit tertentu.


Apakah Gejala Umum Stress?

Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat;

Fizikal   : Keletihan ,pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh

Mental   : Hilang tumpuan, mudah lupa, sukar membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka

Emosi    : Risau, sentiasa bimbang, sugul , marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran

Perangai : Keluh kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki-hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Masalah Kesihatan Dan Penyakit Yang Berpunca Dari Stress

  • Sakit jantung dan angin ahmar (stroke) ~ Stress akan menambahkxab asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolestrol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar (Health Education Associates,1996)
  • Insomnia ~ Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur, dan susah tidur boleh menyebabkab stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri 36 hingga 62 juta orang. ( Jeff Davidson, 1977;The Complete Idiot's Guide To Managing Stress)
  • Kencing Manis ~ Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau memburukkan keadaan pesakit kencing manis. (Carol E. Watkins; Northern Country Psychiatric Associates 1998)
  • Gastrik dan Ulser ~ Penyakit-penyait pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku ke atas seseorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserang stress, terutama jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang melampau (Ballieux, R.E.,1984; Breakdown in human adaption to stress )
  • Infeksi atau Jangkita Kuman ~ Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan 'cateocholamines' seperti'epinephrine' dan 'norepinephrine' ke dalam  darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994). Kajian juga telah menunjukan bahawa stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74%-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27%-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula.(Brosschot, J.F.,Bendchop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Balliieux, R.E., 1994; Influence of the life stress on immunological reactivity to ild psychological stress: Psychosomatic Medicine)
  • Asthma ~ Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliot G.R.,Eisdorfer C.,1982; Stress and Human Health)
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colotis), mandul dan alahan kulit. (Dr Maria A.Smtih, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology:Stress&Disease)
(credit to: drdanial.faithweb.com)

Ha..jangan stress pulak baca artikel pasal stress ni hihi. Rileks wokey..jangan stress-stress tau...Stress perlu dikawal dan ditangani dengan baik. Untuk mengatasi stress ni jom tengok produk shaklee yang mana satu dapat menolong kita mengatasi stress ni..



Ya. Vitamin B-Complex Shaklee. 
Bagaimana B-Complex Shaklee membantu?
  • Vitamin B1 (Thiamin) ~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan fungsi saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisme
  • Vitamin B2 (Riboflavin) ~memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
  • Vitamin B3 (Niacin) ~ membantu  mengurangkan kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik dan membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi yang seterusnya meninggikan kadar untuk mengidap sakit mental
  • Vitamin B5 (Pantothenic acid) ~ membantu mengurangkan stress fizikal/mental , membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6 (Pyridoxine) ~ vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan mengakibatkan depresi.
  • Vitamin B7 (Biotin) ~ penting dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein, membantu membentuk hormon,untuk kesihatan kulit dan rambut, mengatur kadar gula dalam darah dan membantu pembentukan sel darah merah
  • Vitamin B9 (asid Folik) ~ penting bagi wanita hamil bagi kesihatan ibu dan kandungan, meningkatkan produksi sel darah merah,mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah serta stroke, untuk kesihatan mental (depresi), meningkatkan dan membangunkan fungsi otak serta baik untuk kulit
  • Vitamin B12 (Cobalamin) ~ mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi/tidak tenteram
Ha..baca testimoni pengguna ni ye..



Bagus kan Vitamin B Complex ni. Saya adalah pengguna tetap Vitamin B Complex ni dan saya memang sukakannya. Botol kecilnya memudahkan saya membawanya dalam beg tangan. Anda pula?
Jika anda perlukan info lanjut dan mahu dapatkan tawaran harga menarik dari saya, jom hubungi saya melalui mana-mana cara di bawah ye;

call/sms saya LISA di talian 0129875143/0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page The Vitamin Story

















Saturday, 19 October 2013

Kebaikan Vitamin B-Complex Shaklee

Bagaimana caranya untuk memilih vitamin B Complex terbaik yang berada di pasaran??

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin ~B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yang dinyatakan oleh RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-Complex dengan rumusan larut air (sustained release)
Sekilas pandang Vitamin B-Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini adalah kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh yang mana hampir 99%asid folik yang terdapat di pasaran bersifat SINTETIK.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B
 dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, maka sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari.

Manfaat Utama Vitamin B-Complex Shaklee




  • Menukar makanan kepada tenaga ~ membantu penghadaman , menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan
  • Melawan tekanan ~ memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran ~ menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban atau gugur ~ membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata ~ mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori daya tumpuan/fokus
  • Mencegah anemia ~ membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut ~ baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah pericche ~ juga dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) atau nafas berbau
  • Detoksifikasi ~ meredakan alahan
Mengapa Air Kencing Jadi Warna Kuning?

Ia adalah sesuatu yang normal kerana B-Kompleks adalah vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar 
pennyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.


NOTA: B-compleks merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu amat digalakkan pengambilan air putih atau teh herba yang banyak.

Nak cuba? Jom hubungi saya untuk info lanjut;
~ call/sms 019-9741794
~emel lissnur79@gmail.com
~pm Liss Nurr
~like FPage The Vitamin Story