Kebarangkalian seorang kanak-kanak berusia 0-14 tahun mendapat penyakit asthma ialah sebanyak 4.5% manakala orang dewasa berusia 15 tahun ke atas adalah 4.1%. Bagi kanak-kanak yang menghidap asthma sederhana, serangan akan menghilang apabila mencapai usia 12-13 tahun. Manakala 50-60% sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun, sementara 20% lagi mendapat asthma secara berterusan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang sembuh.
"Asthma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.Senario ini berlaku di semua negara tanpa mengambil kira tahap pembangunannya," kata pengerusi Majlis Asthma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin
Apa itu Asthma?
Asthma adalah penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Ketika berlaku tindak balas alahan, brokus menjadi sempit dan dipenuhi lendir.Ini akan menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asthma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak panik dan ini akan menyebabkan pernafasan menjadi sukar.
Punca awal yang menyebabkan alahan adalah alergan seperti debunga atau habuk rumah yang biasanya di bawa oleh angin. Bagi kanak-kanak penghidap asthma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan. Asthma biasanya menyerang kanak-kanak berusia dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya adalah masalah keturunan dan disusuli pula dengan penyakit ekzema. Namun kebanyakan kanak-kanak pulih seiring dengan peningkatan umur.
Kebanyakan kanak-kanak yang berumur kurang dari satu tahun mempunyai bunyi nafas berdehit jika menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila salur udaranya yang kecil menjadi radang.
Adakah ia serius?
Serangan asthma mungkin menakutkan, tetapi jika diberi ubat dan mengikut arahan dan nasihat doktor, anak tidak akan mendapat kerumitan. Tanda-tanda serangan asthma ialah;
- sesak nafas
- rasa lemas
- bunyi nafas yang berdehit
- batuk yang berterusan
- bibir yang biru (sianosis) akibat kekurangan oksigen
Apa tindakan yang perlu dilakukan?
Segera bawa anak berjumpa doktor apabila mengalami asthma. Jika ia berlaku ketika anak tidur, dudukkan dan sokong belakang anak dengan bantal. Anda juga boleh tundukkan anak di kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ia juga boleh membuatkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap
SUMBER:www.hmetro.com.my
Bagaimana supplemen Shaklee boleh membantu anak anda? Jom semak..
Untuk info lanjut, boleh hubungi saya melalui cara berikut dan dapatkan harga terbaik dari saya !
*sms/call saya 012-9875143/019-9741794 (Lisa)
*pm di FB saya Liss Nurr
*like FB Page saya The Vitamin Story



No comments:
Post a Comment