Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts

Saturday, 28 December 2013

Supplemen Tidak Berkesan??

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.



TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susuibu.

Friday, 27 December 2013

Faedah Penyusuan Ibu

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.



Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

(SUMBER: http://www.babycenter)

Jika anda berminat dengan rangkaian set penyusuan Shaklee dan mencari milkbooster, cepat-cepat hubungi saya untuk info lanjut;

~call/sms Lisa 012-9875143/019-9741794
~pm Lisa di FB Liss Nurr

Sunday, 22 December 2013

Kesan Jamu Dalam Susu Ibu

Walaupun herba atau jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu melalui susu ibu. Ia berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusukan.

Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui dalam halba (fenugreek) boleh memberi kesan kuat kepada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.

Jika ibu mengambil halba secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala sama. Ini kerana pengaruh dan kosentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil, dan suplemen makanan dapat berubah-ubah.


Oleh itu ibu yang menyusukan anak harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba atau  jamu. Ibu menyusu boleh mengamalkan pengambilan teh herba yang tidak mengandungi farmakologis yang kuat.

Teh kulit kayu manis berperisa oren, teh serai, teh rasberi dan moringa adalah pilihan yang baik. Pilihan teh lain yang baik adalah teh yang diperbuat daripada rosehips yang mengandungi banyak vitamin C.

Tahukah anda?

Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.

Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya menghadapi masalah yang sama adalah besar.
(Credit:pa&ma karangkkraf)

Saya percaya, ibu-ibu yang sedng hamil mesti sedang tercari-cari set bersalin yang sesuai dan terbaik, apatah lagi jika ibu sudah berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya. set bersalin yang dipilih seharusnya set bersalin yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk bayi menyusu.Jom cuba set bersalin dari Shaklee,ia selamat, semulajadi dan yang paling penting tidak memudaratkan si manja walaupun bayi mengalami jaundis atau G6PD. InsyaAllah, badan pun cergas bertenaga, luka bersalin pun cepat sembuh. 
Apa yang terkandung dalam Set berpantang Shaklee? Ia terdiri daripada empat jenis produk vitamin dan mineral ;

  1. Vita-lea Iron Formula~ lengkap dengan pelbagai jenis vitamin  dan mineral yang diperlukan oleh tubuh ibu yang sukar diperolehi melalui pemakanan kerana ibu berpantang makan. Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah bagi memastikan paras hemoglobin ibu berada pada paras optimum. Sindrom hb rendah sangat merbahaya bagi ibu hamil dan ibu baru bersalin
  2. Sustained Release Vita C ~ diperlukan untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, membaikpulih dan membina tisu serta memastikan sistem imun berada pada paras terbaik.
  3. Vitamin B Complex ~Mengandungi kesemua 8 vitamin B yang penting bagi pertumbuhan sel, kesihatan saraf, membekal tenaga, mengawal tekanan serta menstabilkan hormon. Ia juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  4. Zinc Complex ~ diperlukan dalam proses penyembuhan luka bersalin. Salah satu cara tradisional untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin ialah dengan memakan ikan haruan atau patinya kerana kandungan zink yang tinggi di dalamnya, namun tidak semua orang menggemari ikan 'darat' ini, tambahan pula kesukaran untuk memperolehi ikan haruan  di pasaran. Sebagai alternatif, zinc complex adalah pilihan terbaik. Ia juga membantu mengurangkan keguguran rambut di kalangan ibu lepas bersalin.

Jom lihat testimoni pengguna set berpantang Shaklee;




Untuk lebih info dan nak dapatkan harga terbaik dari saya, anda boleh hubungi saya melalui cara-cara berikut;

~ call/ sms saya LISA 012-9875143/ 019-9741794
~pm saya di FB Liss Nurr
~like FB Page The Vitamin Story




Friday, 20 December 2013

Tanda Bayi Cukup Susu

Bagaimana nak tahu bayi sudah mendapat susu yang mencukupi?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda telah mendapat susu yang mencukupi, terutama jika dia mahu menyusu setiap masa atau nampak tidak puas selepas menyusu, Selepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Mungkin dia memang lapar kerana susu badan selesai dicernakan dalam masa dua jam selepas menyusu.




Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama hidupnya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya dan juga tanda-tanda yang si manja tidak menyusu secukupnya. Penyahhidrata pada bayi jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda  boleh menghubungi doktor jika terdapat keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah;

  1. Bayi menyusu lapan hingga sepuluh kali sehari pada dua atau tingga minggu pertama
  2. Payudara terasa ringan dan lembut setelah selesai sesi penyusuan
  3. Kulit bayi terasa tegang- ia akan memantul semula apabila ditekan
  4. Kelihatan bayi menelan semasa menyusu
  5. Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
  6. Najis bayi berwarna kuning gelap atau sering gelap (tidak berwarna putih atau kelabu), najisnya semakin berwarna cerah selepas hari ke lima kelahirannya.
  7. Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas apabila bBangun tidur
  8. Air kencingnya berwarna kuning pucat, bukannya kuning pekat atau jingga.

Bagaimana nak tahu bayi tidak cukup susu?

Berikut adalah tanda-tanda bayi kurang menyusu. Jika anda risau mengenai tanda-tanda berikut, rujuklah doktor dengan segera


  1. Bayi tidak mendapat semula beratnya sewaktu lahir atau menambahkan berat badan selepas dua minggu
  2. Payudara tidak berasa lembut selepas penyusuan
  3. Bayi meragam dan sering letih
  4. Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu (tanda teknik penyusuan yang salah)
  5. Selepas hari ke lima kelahiran, anda tidak menyalin lampinnya sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam
  6. Bayi tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran
  7. Muka bayi tidak berisi dalam masa tiga minggu
  8. Kulit bayi tetap berkerut selepas minggu pertama
  9. Bayi semakin berwarna kekuningan

Anda akan tahu anda telah menyusui bayi anda secukupnya apabila;
  • Bayi melekap pada payudara dengan baik dan menyusu bila terasa lapar
  • Penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan
  • Bayi akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti ketika menyusu, mula menyusu tanpa henti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang



Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.


SUMBER: www.babycenter.com
                 Pa&Ma Karangkraf







Thursday, 19 December 2013

Tips Untuk Melancarkan Pengeluaran SUSU Ibu


Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.

Langkah 1
Tuam
Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Langkah 2
Tekan
Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Langkah 3
Gerakkan
Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.

Langkah 4
Teruskan gerakan
Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5
Putar
Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.

SUMBER:PA&MA

Saya seorang ibu yang menyokong penyusuan ibu sepenuhnya. Menyusu anak kedua sehingga berumur 2 tahun 2 bulan dan sekarang masih menyusu bayi ketiga saya yang berusia 10 bulan..happy breastfeeding ye..

Friday, 22 November 2013

Makanan Penggalak Susu Ibu

Bagi kita yang bergelar ibu, mencari makanan penggalak susu sangat mengujakan. Betul tak? Walaupun ada di antara kita yang tidak mempunyai masalah dalam penghasilan susu ibu, ini bukan bermakna kita perlu mengabaikan makanan penggalak susu ni tau kerana makanan-makanan tersebut terbukti  berkhasiat bagi penghasilan susu buat si manja.

Macamana kita nak tahu si manja telah mendapat jumlah susu yang mencukupi? Kita boleh semak melalui bilangan lampin yang dipakai dalam sehari iaitu dalam anggaran 6-8keping sehari. Jika kita rasa anak kita tidak cukup susu, mari kita semak jenis-jenis makanan yang boleh menjadi 'milk booster';

KURMA
Kurma boleh menjadikan susu ibu lebih pekat dan mengenyangkan bayi. Menjadikan ibu sihat bertenaga kerana berfungsi sebagai pembekal tenaga segara

SOYA DAN TEMPE

Sangat bagus untuk menambah susu ibu kerana kandungan protein yang  tinggi disamping sedap dan berkhasiat


HALBA
Boleh dicampur dalam masakan seharian atau direndam dalam air suam dan diminum airnya


BARLI
Rebus barli dan diminum airnya. Sangat sedap dan berkhasiat


JANTUNG PISANG
Boleh dijadikan kerabu atau ulam


LONGAN KERING
Boleh dibeli di kedai ubat cina atau di Giant / Tesco. Cuci bersih-bersih dan direbus bersama sedikit gula atau gula melaka. Slurppp..sangat sedap


SUSU
Susu adalah sumber kalsium utama yang menggalakkan pengeluaran susu untuk si manja


ALFALFA
Sangat bagus untuk menambah susu ibu. Digelar 'Raja Segala Tumbuhan"


ULAM PEGAGA
Jadikan sebagai ulam.Berkesan menambah susu ibu


LOBAK PUTIH/MERAH
Boleh dimasukkan dalam masakan atau dijadikan jus


IKAN
Makanlah ikan, ia boleh menghasilkan susu ibu dengan cepat disambing bagus untuk otak bayi


JINTAN
Sama seperti halba, jintan juga berfungsi menambah susu ibu. Cuma masukkan dalam masakan  spt kari dan sup


SAYURAN HIJAU (SAWI/BAYAM/KUCAI)
Sayuran berdaun hijau adalah sumber asid folik yang juga berfungsi untuk menambah susu ibu



Cuma ibu-ibu perlu ingat, makanlah apa jua jenis makanan penggalak susu pun, jika prinsip DEMAND AND SUPLLY tidak diamalkan semua usaha itu tidak bermakna. Ibu-ibu juga perlu minum air kosong yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 2-3 Liter ( 25kg berat badan=1 liter air), insyaAllah dimurahkan rezeki susu yang banyak untuk si manja. Disamping berdoa, ibu-ibu boleh mengamalkan zikir Ya Matinn semasa memerah susu atau menyusui bayi

Anda juga boleh mencuba MILK BOOSTER Shaklee..




Untuk info lanjut, boleh hubungi saya bila-bila masa

~call / sms saya 012-9875143 / 019-9741794 (LISA)
~pm FB saya Liss Nurr
~like FB Page saya The Vitamin Story