Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

Keputihan dan ALFALFA

Ada masalah berikut?
~kegatalan pada kemaluan
~selalu keluar cecair berwarna putih kekuningan dan berbau
~ketidakselesaan ketika bersama suami
~selalu memakai panty liner
Jangan anggap remeh! Ia adalah keputihan.

Keputihan merupakan salah satu gangguan pada organ reproduksi wanita.  Keputihan dikesan dengan keluarnya cairan (bukan darah) dari vagina secara berlebihan. Dalam keadaan yang normal, vagina yang sihat  memproduksikan cairan untuk membersihkan vagina dari bendasing yang tidak diingini. Cairan tersebut juga berfungsi sebagai pelincir dalam hubungan suami isteri serta membantu fungsi reproduksi.

Apa penyebab keputihan?

  • infeksi oleh mikroorganisme
  • gangguan keseimbangn hormon
  • stress
  • peradangan alat kelamin
  • bendasing dalam vagina
  • gejala penyakit seperti kanser rahim dan sebagainya
Cairan Normal
Di sekitar vagina dan pangkal rahim, dilengkapi dengan sel-sel dan kelenjar yang menghasilkan lendir. Lendir ini secara alamiah nya diperlukan sebagai pelincir. Dalam keadaan normal, lendir ini berwarna jenrnih, tidak berbau dan tidak gatal atau pedih. Keluarnya cairan ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress,bendasing dalam vagina atau rangsangan ketika bersama. Oleh kerana itu, kuantiti lendir ini meningkat saat-saat menjelang atau sesudah haid, pada keadaan rangsangan berahi atau bagi ibu-ibu yang memakai alat IUD di dalam rahim.

Cairan Tidak Normal
Cairan yang tidak normal inilah yang disebut sebagai keputihan. Dengan ciri-ciri, jumlah cairan yang keluar banyak, warna putih seperti susu basi, kuning atau kehijauan, disertai rasa pedih atau gatal dan berbau busuk. Keputihan menjadi salah satu tanda atau gejala adanya kelainan pada organ reproduksi wanita.

ALFALFA SHAKLEE dapat membantu?


Jom baca testimoni pengguna;



Apa Khasiat ALFALFA Shaklee?

♥ Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
♥ Melegakan sakit sendi dan belakang.
♥ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
♥ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
♥ Merawat arthitis
♥ Bagus untuk elergi dan ekzema
♥ Merawat asthma
♥ Mencuci usus bagi membuang toksik
♥ Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
♥ Meneutralkan asid dalam badan
♥ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
♥ Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
♥ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
♥ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
♥ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
♥ Meningkatkan stamina seorang suami
♥ Melegakan sembelit
♥ Membuang angin dalam badan
♥ merawat gout
♥ keintiman
♥ MILK BOOSTER

Haaa...banyak sebenarnya khasiat ALFALFA ni tau. 
Anda ada apa-apa permasalahan kaum hawa? Atau nak tanya apa-apa berkaitan ALFALFA , jangan malu-malu untuk hubungi saya, boleh la dapat info lanjut dan harga menarik dari saya. Jom!!

call/sms Lisa 0129875143/0199741794
pm Lisa di FB Liss Nurr
Like FB Page saya The Vitamin Story

*** Amaran: ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE
*** Ibu menyusu dengan bayi mengidap G6PD juga tidak boleh mengambil produk ini



Thursday, 5 December 2013

Keputihan,normal kah?

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Jernih
 Sekiranya lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid sekitar waktu subur dan apabila horomon estrogen berlebihan mahupun stress. Malah keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

Putih

Lain pula halnya jika lelehan keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim waita

Putih pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutama ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya berpunca daripada jangkitan candida albicans.
Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembab merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endomteriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat pendarahan seperi keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkita bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungjkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Wana-warna lain
Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.
Kuning kehijauan
Jika lelehan keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.
Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.
Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah kompilkasi yang lebih teruk. Kompilkasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menhyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutama tiub fallopio rosak.
Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun pastikan sebelum bertemu doktor, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.
Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.
Tips Mencegah Keputihan
  • Menjaga kebersihan organ intim selesai membuang air kecil atau air besar
  • Membasuh kemaluan dengan arah yang betui iaitu dari depan ke belakang
  • Jangan membasuh kemaluan dengan menggunakan sabun biasa atau sabun antiseptik, lebih baik menggunakan air bersih yang mengalir
  • Gunakan pantyliner yang diperbuat dari kapas lembut, namun jangan terlalu lama menggunakan pantyliner kerana akan membuatkan keadaan disekitar vagina menjadi lembab dan memudahkan jangkitan kulat atau bakteria
  • Sentiasa menggantikan seluar dalam jika terasa basah atau lembab
  • Menggunakan seluar dalam yang diperbuat dari bahan kapas
  • Jangan berendam atau mandi menggunakan air hangat kerana air hangat memudahkan kulat membiak
  • Mengurangkan pengambilan makanan manis kerana kerana gula yang berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan pembiakan kulat candida
  • Gunakan bahan alami untuk membersihkan vagina seperti air rebusan sirih
  • Pastikan organ kewanitaan sentiasa dalam keadaan kering
  • Sentiasa menggantikan pad ketika datang haid (4jam sekali)
  • Dapatkan rawatan jika merasakan keputihan yang dialami tidak normal.

SUMBER:PA&MA KARANGKRAF
             caramencegahkeputihan.com