Wednesday, 16 October 2013

Tanda-Tanda Tubuh Kekurangan Kalsium

Apa itu KALSIUM? Kalsium ialah unsur kimia Ca dengan nombor atom 20 (hihi..kalau anda belajar Kimia pasti tahu pasal ni kan?). Ia merupakan logam alkali tanah berwarna kelabu yang kelima paling banyak di kerak bumi. Kredit untuk VIVAlog


Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukkan tulang dan gigi. Bagi wanita yang telah putu haid, kalsium sangat penting  untuk mengekalkan struktur tulang mereka. Kekurangan kalsium bukan sahaja meningkatkan risiko osteoporosis tetapi juga pelbagai masalah kesihatan lain. Cukupkah dengan hanya minum 2 gelas susu setiap hari? Jadi, bagaimana nak tahu tubuh kita ni sebenarnya kurang kalsium? Jom tengok samada kita ada tak tanda-tanda berikut.

Tanda-tanda Tubuh Kurang Kalsium

  • Nyeri di bahagian punggung atau pinggang
  • Hipokalsemia (rendah kadar kalsium dalam darah)
  • Darah sukar membeku
  • Sering kejang kaki
  • Sakit kepala
  • Sering sakit gigi atau gigi berlubang
  • Kuku rapuh
  • Usus lemah dan sering sembelit
  • Waktu haid yang panjang (wanita)
  • Gugup, cemas dan mudah marah
  • Degup jantung kencang
  • Insomnia (sukar tidur)
  • Tekanan darah tinggi
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Sering keletihan
  • Rambut kasar
  • Sakit sendi
  • Kebas dan rasa mencucuk di sekeliling tangan dan kaki
Apa Pula Tanda Kekurangan Kalsium Bagi Kanak-Kanak?
  • Terkejut@menangis di waktu malam
  • Kaki bengkok, tidak boleh berdiri tegak
  • Sukar tidur lena
  • Tiada selera makan
  • Hyperaktif
  • Selalu berpeluh ketika tidur
  • Gangguan pertumbuhan
  • Lewat tumbuh gigi (selepas 10 bulan)
  • Lewat berjalan (selepas 13 bulan)
Jika anda mempunyai tanda- tanda di atas, memang sahlah anda kekurangan kalsium. Fikirkan semula adakah menu seharian kita membekalkan sumber kalsium yang mencukupi atau tidak. Meskipun produk tenusu disebut-sebut sebagai sumber kalsium terbaik, namun tidak semua orang menyukainya. Jangan risau, selain produk tenusu, ada makanan lain yang boleh membekalkan sumber kalsium untuk kita.

Credit to: 2gurly4u.com

Berapa Banyak Kalsium Yang Diperlukan?

Kajian yang dilakukan di luar negara mendapati 60-70% penduduk tidak mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. Jadi, berapa berapa banyakkah keperluan kalsium bagi setiap individu?
Rujuk jadual di bawah:




SHAKLEE OSTEMATRIX



OsteMatrix Shaklee dilengkapi dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang secara maksimun, kalsium hendaklah diambil;
~bersama-sama vitamin D
~bersama-sama Magnesium. Sekiranya pengambilan Kalsium banyak tetapi pengambilan Magnesium tidak dipertingkatkan, maka Kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang membentuk BATU KARANG.
~selepas makan

Jom dapatkan OsteMatrix anda hari ini. Hubungi saya untuk info lanjut atau pesanan
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


No comments:

Post a Comment