Saturday 23 November 2013

Cyst Ovari

Apa itu Cyst Ovari?

Cyst ovari adalah seakan kantung kecil berisi cairan yang berkembang dalam ovari wanita. Kebanyakan cyst adalah tidak merbahaya. Namun jika dibiarkan akan menimbulkan masalah, bermula dari sakit ketika haid, cyst mula pecah, pendarahan, hingga penyakit serius seperti terlilitnya batang ovari, gangguan kehamilan, kemandulan hingga menyebabkan terjadinya kanser endometrium

Perbezaan Cyst Dengan Mioma

Cyst berbeza dengan mioma. Cyst berbentuk cairan sedangkan mioma berbentuk ketulan keras (tumor). Cyst biasanya tumbuh dalam ovari wanita manakala mioma pula pada dinding rahim wanita. Pada keadaan ini, seorang wanita mampu mengalami samada cyst dan juga mioma secara serentak.

Bagaimana Cyst Terbentuk

Wanita normal biasanya memiliki dua ovari berukuran sebesar kacang  walnut di sisi kanan dan kiri rahim. Masing-masing ovari menghasilkan satu telur yang terbungkus di dalam folikel (kantung). Ketika telur keluar, hormon estrogen akan memberi signal pada rahim. Pada gilirannya, lapisan rahim bertukar menebal dan  mengeluarkan telur untuk digabungkan dengan sperma (proses kehamilan). Apabila telur tidak bercantum dengan sperma, maka seluruh isi rahim akan dikeluarkan dalam bentuk haid bulanan.

Jika folikel gagal untuk pecah dan melepaskan telur, cairan akan tinggal dan dapat membentuk kista kecil (lebih kecil dari 4cm).Ini normal terjadi dan biasanya terjadi pada salah satu ovari.Kondisi ini dsebut sebagai cyst yang normal, biasanya hilang dengan sendirinya dan tidak perlu dirawat.

Jenis-Jenis Cyst Ovari

Cyst Corpus Luteum
Jenis ini adalah yang paling umum terjadi kepada wanita, biasanya tanpa tanda dan beukuran 2-6cm diameternya. Ketika telur keluar dari ovari ke rahim, maka folikel dapat terkunci dan terisi darah ataupun cairan. Inilah yang membentuk cyst jenis ini. Bilamana ukurannya membesar dan menyebabkan bahagian ovarian terlilit (twisted), ini akan menimbulkan rasa sakit luar biasa dan memerlukan rawatan dengan segera.

Cyst Hemorrhagic
Timbulnya pendarahan dalam cyst. Tandanya ialah terasa senak dan perit di bahagian perut.

Cyst Dermoid
Jenis ini biasanya menyerang wanita yang lebih muda dan dapat tumbuh besar (15cm) dan berisi tidak hanya cairan tetapi lemak, jaringan tulang atau pun tulang rawan. Jenis ini dapat meradang dan menyebabkan posisi tiub fallopio terlilit (torted/twisted)

Cyst Endometrium



Disebut juga endometriosis. Jenis ini terjadi ketika jaringan lapisan rahim (endometrial) hadir dalam ovarium wanita. Biasanya berisi darah berwarna coklat dan beukuran sekitar 2 hingga 20cm. Ia boleh menyerang wanita yang berusia sekitar 16-27 tahun, menimbulkan rasa sakit yang luar biasa ketika haid dan mengganggu kesuburan.

Cyst Denoma
Cyst ini terjadi apabila tumor terbentuk dari jaringan ovari. Tumor jenis ini biasanya berisi cairan dan berukuran sangat besar bahkan sehingga 30cm atau lebih diameternya.

Polycystic-appearing Ovari
Satu kondisi di mana cyst kecil terbentuk di sekeliling luar ovarium. Keadaan ini terjadi kepada wanita normal mahupun kepafa wanita yang mengalami gangguan hormon endokrin.

Sindrom Polisistik Ovari (Polycystic Ovarian Syndrome-PCOS)



PCOS adalah satu kondisi dimana terdapat banyak cyst dalam ovari. Hal ini terjadi kerana ovari mengeluarkan hormon androgen secara berlebihan dan juga boleh berlaku disebabkan faktor genetik.

PCOS mempunyai tanda seperti bulu lebat tumbuh, muka berjerawat ataupun gangguan kitatan haid. Komplikasinya akan meningkatkan risiko penyakit jantung, kolestrol. diabetes mellitus tahap 2 mahupun tekanan darah tinggi sebagai akibat gangguan pada insulin. Selain itu juga dapat meningkatkan risiko kanser endometrium apabila jarak antara tempoh datangnya haid sekitar atau lebih 60 hari.

Penyakit PCOS ini juga seringkali dikaitkan dengan kemandulan, meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan dan pendarahan du luar kitaran haid. Sayangnnya penyakit ini sangat biasa terjadi, iaitu sekitar 4-7% terhadap wanita yang berusia 16-27 tahun

Penyebab Cyst Ovari

  • sejarah cyst ovari terdahulu
  • kitaran haid tidak teratur
  • perut buncit
  • haid di usia awal (11 tahun atau lebih muda)
  • susah untuk hamil
  • pesakit hipotiroid
  • penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi

Gejala dan Diagnos Cyst Ovari
Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan tanda dan tidak mudah untuk dikesan melalui USG ketika pemeriksaan rutin kandungan. Namun beberapa individu dapat mengalami gejala ini;
  • terasa senak di bahagian bawah perut atau sakit pinggul yang timbul tenggelam dan tiba-tiba menusuk
  • kitaran haid tidak teratur
  • perut bawah sering terasa penuh dan tertekan
  • pedih/sakit yang luar biasa ketika haid, bahkan terasa sehingga ke pinggang belakang
  • pedih pinggul ketika olahraga atau senggama
  • mual dan muntah
  • rasa pedih dan keluarnya darah pada vagina
Biasanya wanita akan membuat pemeriksaan diri kepada doktor apabila rasa sakit sudah tidak tertahan, pengsan secara tiba-tiba ataupun mengalami pendarahan yang luar biasa sehingga anemia. Doktor pakar bahagian kehamilan (obsgyn) biasanya akan melakukan ujian bermula dengan USG, CT scan, test darah seperti CA-125-ovari tumor marker test ataupun ujian kehamilan untuk mengenalpasti kehamilan.

Kaedah Merawat Cyst Ovari


Hasil kajian menemukan bahawa penggunaan pencegah kehamilan (pil KB) dapat menurunkan risiko terkena cyst ovari, kerana mencegah ovari dari menghasilkan telur.

Cyst yang besar bentuknya dan lama berada dalam badan biasanya memerlukan rawatan untuk membuangnya.

Selain dari itu, wanita menopaus yang memiliki cyst ovari juga disarankan membuat rawatan membuangnya bagi mengurangkan risiko terjadinya kenser ovari. Wanita yang berusia 50-70 tahun memiliki risiko yang cukup besar terkena kanser jenis ini.

Bila kesan cyst ini dibuang maka rawatan ini disebut cystectomy. Bila pembedahan membuang seluruh ovari termasuk tiub fallopio maka disebut salpingoo-ophorectomy

Faktor-faktor yang menentukan kaedah pembedahan adalah bergantung kepada usia pesakit, keinginan pesakit untuk memiliki anak, kondisi ovari dan jenis cyst

Cyst ovari yang menyebabkan posisi batang ovarium terlilit (twisted) dan menghentikan pengaliran darah ke ovarium memerlukan tindakan segera bagi pembedahan (emergency surgery) untuk mengembalikan posisi ovari.



Cyst dan Kehamilan

Cyst ovari berukuran kecil biasanya tidak membahayakan janin dan tidak beriko menimbulkan komplikasi pada kehamilan.

Cyst ovari berukuran besar (6-8cm) dapat menimbulkan masalah bagi ibu yang sedang hamil. Kadang-kadang cyst ini timbul pada batang yang terbelit dan pecah, yang menyebabkan rasa sakit pada ibu. Meskipun substansi yang pecah ini tidak membahayakan pertumbuhan janin, namun rasa sakit yang luar biasa boleh menyebabkan kelahiran pra-matang atau keguguran.

Doktor biasanya akan memberikan ubat tahan sakit yang sesuai bagi ibu dan janin sambil terus membuat pemerhatian kepada cyst tersebut. Biasanya cyst mengecil dan menghilang pada trisemester kedua kehamilan. Jika tiada tanda mengecil atau pecah, operasi pembedahan akan disarankan.

SUMBER: www.pakarkanser.com

No comments:

Post a Comment