Sunday 30 March 2014

Diet Kaya Kacang Soya Baik Untuk Kulit

Sebahagian besar keperibadian wanita dikawal oleh hormon terutama hormon estrogen. Secara semulajadi, perubahan tahap estrogen membantu tumbesaran anak gadis menjadi wanita muda bermula dari kitaran haid mereka yang pertama.

Selepas melepasi tempoj usia untuk melahirkan anak, tahap estrogen akan berubah lagi apabila wanita mendekati fasa pra-menopaus iaitu antara usia 35 hingga 55 tahun.

Apabila paras estrogen berubah, wanita mengalami apa yang biasa dikenali sebagai kemerosotan sel kulit . Kemerosotan sel kulit  menyebabkan penghasilan kolagen dan elastin semakin perlahan dan perubahan mula berlaku seperti kulit kering, garis halus dan kekedutan.

Payudara turut mengalami kemerosotan menyebabkan perubahan bentuk, saiz dan keanjalan.  Ramai wanita tidak mengetahui paras hormon yang turun naik juga menyebabkan tulang menjadi lemah.

Tanda-tanda biasa termasuklah pengurangan kekuatan cengkaman tangan, penyusutan gusi, kuku yang lemah dan rapuh, kekejangan kaki, keretakan tulang, kehilangan ketinggian badan dan tulang belakang yang bengkok.

Secara genetik, wanita Asia mempunyai kekuatan tulang yang rendah kerana rangka mereka lebih kecil. Kira-kira 90% orang Asia juga tidak tahan terhadap laktosa yang ada dalam susu dan produk tenusu. Ini menyebabkan mereka mengelakkan pengambilan makanan tinggi kalsium. Gaya hidup moden seperti menghisap rokok dan pengambilan alkohol turut mempercepatkan proses kelemahan tulang.

Pada masa yang sama, ketidakseimbangan hormon turut mengganggu emosi wanita. Wanita akan mudah marah, sedih, sukar untuk menumpukan perhatian dan menjadi sangat tertekan.

Wanita Jepun dan Korea terkenal dengan kulit mereka yang putih dan cerah kerana mengamalkan diet yang tinggi kandungan soya seperti tauhu, edamame dan miso. Mereka sering melalui perubahan hormon dan proses penuaan yang bebas dari masalah hasil dari pengamalan diet kaya dengan soya.




Penyelidik sains mendapati sebab utama wanita Asia yang mengamalkan pengambilan soya yang tinggi mempunyai kulit yang cantik kerana kewujudan kumpulan bahan dalam soya yang dipanggil isoflavon soya.  Isoflavon soya adalah sejenis fitoestrogen, iaitu unsur tumbuhan yang mempamerkan ciri estrogen.

SUMBER: Harian Metro

Ha...kan..??Nampak tak??

So lepas ni anda semua boleh la cuba ESP ( Energizing Soy Isolate Powder).ESP? Apa tu? Kalau tak pernah dengar pasal ESP maknanya anda jarang buka facebook atau jarang melayari internet kan?Zaman sekarang semua info di hujung jari  je hihi..

Apa yang istimewa sangat ESP ni sampaikan ramai yang tergila-gila kannya? Untuk sesiapa yang belum mengenali apa itu ESP, jom baca info seterusnya..


Kelebihan ESP:
  • Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka
  • Mencerahkan kulit
  • Menganjalkan kulit sekaligus dapat menganjalkan payudara
  • Bertindak sebagai milkbooster bagi ibu-ibu yag sedang menysukan bayi
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan menjadikannya pekat berkrim yang boleh membantu bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi yang sedang berdiet, ESP membantu anda untuk berasa cepat kenyang sekaligus membantu penurunan berat badan
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh ( sesuai sangat di bulan puasa uolss...)
  • Untuk yang mengalami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
  • Membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung berada pada tahap optimun.
  • Menghilangkan stretch mark selepas bersalin! ( serius memang cepat hilang..)
Untuk makluman juga, ESP bukan sahaja untuk wanita ye...ia sesuai untuk semua, tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua atau dah kawin atau belum kawin. Semua boleh. Jom layan testimoni pengguna..

Testimoni 1: ESP dalam mencantikkan kulit

Testimoni 2: ESP semasa mengandung, berpantang dan menyusu bayi

Testimoni 3: ESP dalam melancarkan penyusuan ibu


Testimoni 4: ESP untuk mencantikkan kulit dan menambah tenaga


Bila sebut pasal kacang soya, ada yang tersenyum sinis dan mengutuk-ngutuk pula. Hello..apa lah salahnya SOYA tu kan? Allah jadikan sesuatu mesti ada faedah disebaliknya, tinggal kita sahaja yang kena usaha mencari info yang tepat mengenai SOYA. Oleh kerana sekarang semua info hanya di hujung jari, tanyalah pakcik Google mengenai kebaikan SOYA. Ya, memang tidak dinafikan ada soya yang memudaratkan. Soya ini dipanggil soya jenis GMO ~ iaitu soya yang telah diubah suai secara genetik. Uniknya ESP ialah kacang soya yang digunakan ialah jenis soya NON-GMO iaitu 100% semulajadi. Jadi anda tidak perlulah risau.

Tentang harganya? Jangan terlalu berkira tentang harganya kerana ia sangat BERBALOI untuk dimiliki oleh semua orang. Hanya 3 sudu sehari, ESP membekalkan keperluan protein harian anda.

Berminat boleh pm saya di FB Liss Nurr
@ sms/whatsapp/call 0199741794
@ boleh like FB Page The Vitamin Story







Friday 14 March 2014

Mengurangkan Berat Badan Secara Sihat Selepas Bersalin??

Bilakah SAYA boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?

Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil.





Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat.

Bagaimanakah SAYA boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:

  • jangan tinggal sarapan pagi;
  • makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
  • pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.


Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar.

Bagaimana jika SAYA menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula.

Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.

Bilakah badan SAYA akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?

Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.

Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik.

Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal.



SUMBER :http://www.babycenter.com.my

Kepada ibu-ibu di luar sana yang mencari-cari produk pelangsingan yang sesuai untuk ibu menyusu, apa kata anda cuba set pelangsingan untuk ibu menyusu dari SHAKLEE pula. Jangan risau, ia tidak mengganggu penyusuan, malah ia juga bertindak sebagai MILK BOOSTER. Kita langsing, si manja kenyang!! Memang awesome kan?


SET PELANGSINGAN IBU MENYUSU A

Untuk makluman, saya adalah pengguna set pelangsingan A ini tau..

SET PELANGSINGAN IBU MENYUSU B

Jika anda mempunyai ada bajet lebih, saya cadangkan anda mencuba set B. Mengapa?? Kerana Omega Guard yang berfungsi sebagai pemecah lemak bertindak lebih pantas berbanding Lecithin. Harga? Dah tentu mahal sikit berbanding Lecithin..tapi berbaloi..:)

Berminat untuk mencuba? Perlukan lebih info?Meh hubungi saya;

sms/whatsapp 0199741794
sms/call 0129875143
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story

Saturday 8 March 2014

Sembelit Selepas Bersalin??

Oh...tidak dinafikan memang ada ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami sembelit. Ouchhh..sangat ngeri bila difikirkan. Di saat kat bahagian bawah tu masih sakit akibat jahitan luka bersalin, sekarang ditambah pula dengan sembelit. Mari baca info ni ye..

Kenapa sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
~anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
~anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
~anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
~anda mendapat jahitan.


Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Bagaimana saya boleh meredakan sembelit selepas bersalin?

Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut.

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.

Saya telah cuba tetapi masih tidak berjaya. Apa yang patut saya lakukan?

Menolak dan meneran tidak akan membantu sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda. Cubalah teknik berikut (bergelar "menyangga dan membonjol"!) untuk membantu anda menggerakkan usus tanpa meneran.

  • Letakkan tangan atas perut.
  • Tarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan pinggang melebar. Ini diberi nama "menyangga".
  • Sekarang buat yang sebaliknya - tolak otot perut anda keluar ke dalam tangan anda - anda akan terasa hendak menyebut "uggghh" apabila melakukan ini (buatlah secara perlahan jika anda khuatir ada orang yang mendengar!). Ini diberi nama "membonjol".
  • Buatlah lebih kurang 10 sangga dan bonjol, kemudian akhirinya dengan satu bonjol yang panjang (lebih kurang tiga hingga lima saat). Relakskan lantai pelvis anda semasa melakukan ini. Pergerakan usus akan berlaku ketika anda membonjol
  • Jika ini tidak berlaku, jangan pula meneran. Buat beberapa sangga dan bonjol lagi, kemudian cuba lagi.


Jika tiada apa yang berlaku, buatlah beberapa senaman lantai pelvis, tinggalkan tandas dan cuba lagi kemudian.

Anda akan mendapati bahawa jika anda makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.

Sebaik saja anda sudah makan dan minum, jangan duduk, pergi bawa berjalan-jalan dekat-dekat dahulu.

Jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda mungkin menghidapi sembelit sementara jadi beritahu doktor anda dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

Untuk mencegah sembelit secara jangka panjang:

  • Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda - jangan terlalu sibuk sehingga tidak menyedari tanda-tanda saran yag ada.
  • Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit - ini termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
  • Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.
  • Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.
  • Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.

SUMBER:http://www.babycenter.com.my/a1044760/sembelit-selepas-bersalin

Ibu-ibu boleh juga cuba amalkan makan epal merah..insyaAllah membuang memang lawas.


Selain itu,makanan yang boleh mengelakkan sembelit ialah;
  •  betik
  • strawberry
  • cincau
  • timun batang
  • daun kucai
  • pisang
  • temulawak
  • ciku
  • lobak merah
Tapi kita yang tengah dalam pantang ni, bukan semua buah berani makan kan huhu..saya pun berani makan epal merah sahaja. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada daya ketahanan badan masing-masing. Ada orang makan ok jer, ada sesetengah orang jadi bentan pula

Bagi ibu yang sedang dalam pantang, mencari-cari produk yang dapat mengatasi masalah sembelit ni, mari saya kenalkan dengan produk HOT, khas untuk masalah yang menyakitkan ini.


~terdiri daripada Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
~milk booster
~ mengelakkan imsomnia
~membantu ibu untuk mudah bangun pagi
~mengatasi sembelit untuk ibu dalam pantang

~membantu dalam sistem pelawasan
~bertindak sebagai kacip fatimah untuk wanita
~milk booster

Ha..selain mengatasi sembelit, kedua-duanya juga adalah milkbooster..memang untung sangat-sangat. Jom banyakkan susu hehehe...


Jika berminat, anda boleh lah hubungi saya melalui salah satu cara berikut ye;

sms/call/whatsapp ke 0199741794

sms 0129875143

pm saya di FB Liss Nurr

like Fb Page saya The Vitamin Story





Friday 21 February 2014

Jom dapatkan kulit cantik !!

Kali ini nak bercerita mengenai kulit cantik. Siapa yang tak nak kulit cantik. Licin, mulus, cerah berseri, tanpa parut dan terasa lembab bila disentuh. Ohw...memang suka sangat kalau dapat kulit macam ni kan?



Ada orang memang sejak lahir dianugerahkan kulit cantik, tak perlu berusaha banyak untuk mendapat dan mengekalkan anugerah yang diberi Allah. Alhamdulillah..memang sangat bertuah. Tetapi bagi kita yang sedang-sedang ni, kenalah usaha sikit untuk dapatkan kulit yang bersih tanpa cela. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kepuasan diri sendiri juga. Dapat lah tampil lebih comel dan yakin depan orang tersayang kan? Siapa yang untung? Tentulah diri kita juga hehehe...

Kali ini nak kongsikan testimoni pengguna yang mengamalkan Soy Protein Isolate Powder a.k.a ESP dan Vitamin C Sustained Release.Seronok baca testimoni pengguna ini. Jom layan...





Kalau belum tahu apa keistimewaan ESP, jom baca DI SINI

Ha..nak tahu keistimewaan Vita C Sustained Release pulak, mari baca DI SINI

Jom sama-sama cantik dan sihat dengan Shaklee :)

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee,  anda boleh hubungi saya untuk sebarang info dan pesanan. Untuk pelanggan saya, dah tentu anda dapat harga cun dari saya,hehe

Jom Shaklee !

call/sms / whatsapp 0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
sila like FB Page The Vitamin Story








Thursday 13 February 2014

Sijil Halal Shaklee 2014

Ada yang bertanya, produk Shaklee ni halal tak? Takde tanda halal pun kat botol atau canister produk Shaklee tu..?
Shaklee dapat kelulusan KKM tak?

Jawapannya: YA

Produk Shaklee dijamin HALAL.
Sijil Halal Shaklee sentiasa diperbaharui setiap tahun. Di sini saya upload sijik Halal Shaklee tahun 2014 ye,sila rujuk di bawah. Lega sikit kan? Sebab baru-baru ini heboh tentang satu produk yang guna logo halal JAKIM yang tidak sah. Jadi serba sedikit tempiasnya terkena pada produk Shaklee. Nasib baik Shaklee 'renew' sijil Halal setiap tahun. 

Eh, ada orang tanya lagi, kalau tengok kat sijil tu, ia bukan dari JAKIM? Ada pulak yang pertikaikan...hihi..takpe, sebagai pengguna kita memang berhak tanya, berhak nak tahu kan?
Untuk pengetahuan anda semua, JAKIM hanya bertanggungjawab mengeluarkan logo/sijil halal untuk produk yang dikeluarkan di Malaysia sahaja. Untuk produk dari luar Malaysia yang masuk ke negara kita, JAKIM ada senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara. Jadi, kalau nak tahu produk dari luar negara itu halal atau tidak, kita boleh semak di sini.






Produk Shaklee mendapat sijil halal yang sah dari ISA dan ISA merupakan badan yang diiktiraf JAKIM.
Jadi, gunalah Shaklee tanpa was-was.

Jika anda berminat dengan produk Shaklee, boleh hubungi saya bila-bila masa;

call/sms/whatsapp 0199741794
pm saya di Fb Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story


Waktu Yang Betul Makan Ubat

Serius..kekadang saya sendiri pun tertanya-tanya waktu yang sesuai makan ubat atau supplemen. Ha...bila tengok carta ni baru ada panduan sikit kan? Ok...kawan-kawan boleh semak ye...


Thursday 30 January 2014

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.


Apakah Keistimewaan Shaklee Collagen Powder??



Terdapat pelbagai jenama Kolagen dipasaran, tetapi apa yang membezakan SHAKLEE COLLAGEN POWDER ni?

>> Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

>>Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

>> Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.

>> Tujuh bahan utamanya digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

  • Ekstrak biji benih Camellia japonica, 
  • Kolagen sisik ikan merah
  • Ekstrak Pfaffia,
  • kolagen ikan, 
  • ekstrak kerang-kerangan, 
  • Lactobacillus acidophilus, 
  • vitamin C dan vitamin B

>> Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman.

Ia juga membantu fungsi-fungsi lain;

Anti Penuaan

  • Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan
  • Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

Melembab
  • Melembabkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal-gatal pada muka
Mencerah
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata
Menegang
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Menyubur
  • Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar
Mengembalikan keanjalan
  • Menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan lembut
Meningkatkan pergerakan
  • Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang
Mari kita baca testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder...



Anda berminat nak cuba? Jom hubungi saya untuk dapatkan lebih info dan tawaran harga menarik;

call/sms/whatsapp 0199741794
call/sms 0129875143
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story