Thursday 30 January 2014

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.


Apakah Keistimewaan Shaklee Collagen Powder??



Terdapat pelbagai jenama Kolagen dipasaran, tetapi apa yang membezakan SHAKLEE COLLAGEN POWDER ni?

>> Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

>>Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

>> Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.

>> Tujuh bahan utamanya digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

  • Ekstrak biji benih Camellia japonica, 
  • Kolagen sisik ikan merah
  • Ekstrak Pfaffia,
  • kolagen ikan, 
  • ekstrak kerang-kerangan, 
  • Lactobacillus acidophilus, 
  • vitamin C dan vitamin B

>> Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman.

Ia juga membantu fungsi-fungsi lain;

Anti Penuaan

  • Mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan
  • Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus

Melembab
  • Melembabkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal-gatal pada muka
Mencerah
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata
Menegang
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Menyubur
  • Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar
Mengembalikan keanjalan
  • Menjadikan kulit lebih anjal, tegang dan lembut
Meningkatkan pergerakan
  • Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang
Mari kita baca testimoni pengguna Shaklee Collagen Powder...



Anda berminat nak cuba? Jom hubungi saya untuk dapatkan lebih info dan tawaran harga menarik;

call/sms/whatsapp 0199741794
call/sms 0129875143
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story


Wednesday 29 January 2014

Alamak !! Banyaknya rambut gugur...

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?


9 Perkara Perlu Anda Tahu :

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Antara Sebab Rambut Boleh Gugur

1. Selepas bersalin
Kehilangan darah yang banyak menyebabkan darah dan hormon tak seimbang. 3-5bulan selepas bersalin, rambut kita boleh gugur sehingga 30% untuk sesuaikan badan dengan situasi.

2. Menopous
Pengambilan pil pencegah hamil, pemberhentian pengambilan pil tersebut atau wanita yang menopous akan mula megalami ketidakseimbangan hormon.

3. Diet Yo Yo
Apa tu diet yo yo? Diet jenis ini adalah diet yang melampau dan menyebabkan badan mereka kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Rambut gugur dengan banyak sebab kurangnya protein yang diperlukan.

4. Tekanan Kerja
Tekanan yang dihadapi oleh golongan yang bekerja. Tapi tak semestinya juga tau. Sesiapa pon yang mengalami tekanan, mereka akan resah, gelisah dan panik. Peredaran darah terganggu.

5. Keturunan
Faktor keturunan adalah faktor yang tidak boleh dielakkan. Rembesan hormon semakin berkurang apabila umur seseorang meningkat menyebabkan masalah ini.

6. Pengerintingan atau Pencabutan 
Rambut yang kerap dikerintingkan akan menjejaskan rambut. Bahan kimia yang digunakan akan menyebabkan rambut gugur. Pencabutan atau penarikan rambut akan menyebabkan keguguran rambut.


Apa yang perlu anda lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.


Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.


Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.



Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.



Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.



Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.


Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.



Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.


Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.



SUMBER: pa&ma karangkraf
                 yum nam hair care

SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK RAMBUT GUGUR

ZINC COMPLEX

Kekurangan Zink menyebabkan shaf rambut menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink bermanfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kalenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut, sekaligus mengurangkan peluang rambut cepat gugur. Zink berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh kita. Pengambilan zink yang cukup amat penting untuk membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan menguatkan rambut

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Protein merupakan komponen penting rambut. 90% struktur rambut dikomposisi oleh protein yang juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam shampu, perapi dan dalam produk rawatan rambut. Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan. ESP merupakan sumber protein non GMO yang sangat baik untuk kita. Ia mempercepatkan pembaharuan sel sekaligus memperbaiki masalah rambut seperti uban dan rambut gugur.

SHAKLEE PROSANTE SET



Pemilihan shampu organik yang bebas dari bahan kimia juga amat penting supaya kulit kepala dapat berehat dari sebarang tekanan. Ujian klinikal yang dijalankan terhadap set Prosante Shaklee menunjukkan ia secara semualajadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu menyikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakkan untuk semua jenis rambut. Set ini terdiri daripada;

Nourishing Scalp Treatment
Revitalizing Shampoo
Purifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Lightweight Conditioner
Long Lasting Finishing Spray

Anda berminat? Jom order..pastinya dengan harga istimewa dari saya, pengedar Shaklee anda;

call/sms/whatsapp 019-9741794
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story










Monday 27 January 2014

Tentang Kolagen

Apa itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.


  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
Fungsi Kolagen

~~Menghasilkan asid amino  penting seperti :

  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur

~~mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik

~~melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .

~~menegang,menganjal dan melembapkan kulit

~~menampung air dalam tubuh.

~~meningkatkan penyerapan kalsium.

~~menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit

~~meningkatkan isyarat induksi

~~menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

Kesan Kolagen ke atas badan
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Tanda-Tanda Penuaan
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
(sumber:www.classiccollagen.com)

Kalau sesiapa yang belum tahu, Shaklee juga mengeluarkan produk berasaskan kolagen iaitu Shaklee Collagen Powder. Memang awesome !!



Apa keistimewaannya Shaklee Collagen Powder ni?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Bukan utk tujuan kecantikan kulit saja, Collagen Powder ni juga membantu untuk fungsi-fungsi lain:

  • Mencantik dan menyuburkan rambut - Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang.
  • Mencantikkan kuku – Kurang kolagen boleh menyebabkan kuku kusam dan mudah patah.
  • Menegangkan payudara 
  • Menguatkan tulang – Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Jadi kita perlukan kolagen untuk tulang yang sihat.




Jika anda berminat untuk menggunakan produk ini,atau untuk dapatkan lebih info mengenai produk Shaklee, boleh sahaja hubungi saya bila-bila masa;

call/sms/whatsapp 0199741794 (Lisa)
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story

Sunday 26 January 2014

Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000mg Kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah yang sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Manfaat Utama

  • Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semaking kurang dan semakin kurang kolagen, yang mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan fakor luaran matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

  • Tampak lebih muda;
           ~Kolagen juga bermanafaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan se
             semula
          ~ Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna
             yang sihat
          ~ Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat 
             dan ini akan membantu mengurangkan parut.
          ~ Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Rasa lebih muda;
          ~ Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu 
             menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh
         ~ Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi
         ~ Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya 
            tetap anjal
         ~Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh 
           kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda 
           anda tetap berkeadaan baik seiring dengan pertambahan usia.

Fungsi Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder

  • Kolagen dari sisik ikan merah ~ sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain

  • Ekstrak biji Camellia japonica ~ biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampun mengurangkan radikal bebas.

  • Ekstrak Pfaffia ~ Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak , asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

  • Elastin dari kolagen ikan ~ Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang , memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

  • Vitamin C dan Vitamin B ~ Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B pula turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

  • Ekstrak kekerang ~ Glucosamine ekstrak kekacang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

  • Lactobacillus acidophilus ~ Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.




Shaklee Collagen Powder~~ more than just collagen






Kenapa mesti Shaklee Collagen Powder?? Apa yang istimewa sangat ni?

  • Kandungannya 100% tulen, semulajadi dan selamat, tiada perangsang, tiada gula, tiada pengawet dan pewarna 
  • Sangat senang larut dalam air dan mudah dibawa
  • Rasa yang lebih sedap ~ campurkan bersama minuman jus kegemaran anda atau bancuh bersama ESP atau Meal Shakes...
Anda berminat untuk mencuba produk ini? Hubungi saya melalui cara berikut;

call/sms/whatsapp 0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story





Sunday 19 January 2014

Betulkah Supplemen ALFALFA Berbahaya???

Sepanjang Januari 2014 pihak Shaklee membuat promosi untuk ALFALFA Complex, beli 6 percuma 1. Memang sangat murah dan berbaloi untuk memiliki Alfalfa sekarang. Namun di tengah-tengah kerancakkan promosi produk 'raja segala tumbuhan' ini, terdapat desas desus mengatakan Alfalfa tidak selamat atau dengan kata lainnya berbahaya. Betul ke supplemen ALFALFA berbahaya? Jom kita berkongsi informasi mengenai Alfalfa berdasarkan kajian saintifik dan saranan pakar pemakanan tentang isu ini

Bersederhanalah; berlebihan itu memudaratkan


Isu yang paling penting yang perlu diperhatikan di sini ialah DOS pengambilan Alfalfa. Isu Alfalfa memudaratkan dan berbahaya kepada kesihatan ialah apabila pengambilannya dengan dos yang berlebihan dan makan tanpa mengikut panduan dan saranan yang diberikan oleh pengedar Shaklee yang berpengalaman. Setiap pelanggan Shaklee seharusnya mendapat panduan cara pemakanan yang betul bagi menjamin keberkesanan supplemen ini secara optimum. Bersederhanalah dengan mengikut panduan makan yang betul dan pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk badan memproses alfalfa untuk mendapat khasiatnya yang pelbagai.



Bahaya Estrogen?

Salah satu sifat Alfalfa ialah ia menyerupai ESTROGEN. Kerana sifat inilah Alfalfa adalah..

Milkbooster terbaik

Kombinasi Alfalfa dengan reseptor estrogen dalam tubuh badan hanya mempunyai kesan seperti estrogen sangat minima. Maka dengan itu, Alfalfa tidak menyumbang kepada kesan estrogen yang tinggi dan menyebabkan wujudnya komplikasi kesihatan seperti kanser dan sebagainya. Panel On Dietetic Products, Nutrition and Allergies, European Food Scientific Authority menerangkan walaupun Alfalfa mengandungi phytoestrogens (coumestrol and isoflavones), ia tidak mudarat dan tidak menjadi isu kesihatan apabila diambil dengan dos harian (10g).

Dr, Zubaidi juga ada menulis dalam blognya, yang menyatakan;
"Penggunaan Alfalfa berpanjangan dalam kuantiti yang BESAR juga MUNGKIN TIDAK SELAMAT bagi wanita hamil dan menyusukan anak. Ramai yang gelabah membaca artikel Dr. Zubaidi kerana terlalu fokus kepada perkataan TIDAK SELAMAT, namun tertinggal isu yang lebih penting iaitu KUANTITI YANG BESAR.

Maka, fokuslah kepada khasiat Alfalfa, bukannya kepada kesan negatif atau mudarat  yang tidak mungkin berlaku jika anda makan dengan panduan yang betul seperti yang disarankan.

Alfalfa sebabkan alergik?

Alfalfa adalah bersifat alkali dan berfungsi untuk meneutralkan asid dalam darah dan merupakan agen detoks terbaik. Ada segelintir yang mengalami 'healing crisis' atau krisis pemulihan yang disebabkan oleh tindak balas bahan toksik dalam badan dengan Alfalfa Complex Shaklee. Proses penyingkiran bahan berasid atau toksik mungkin mendatangkan beberapa simptom yang kurang disenangi dan ada yang terus menyatakan ianya alergik atau alahan dengan Alfalfa!

Panel On Dietetic Products, Nutrition and Allergies, European Food Scientific Authority menerangkan bahawa tiada aduan atau rekod untuk kesan pengambilan Alfalfa yang sub-kronik, kronik dan kesan toksik yang memudaratkan kesihatan. Maka, simptom yang wujud selepas mengamalkan Alfalfa Complex adalah krisis pemulihan yang mana ianya sangat bagus untuk badan kita.

Alfalfa bahaya untuk pesakit SLE?

L-canavanine yang wujud terutamanya dalam benih dan pucuk kebanyakan tumbuhan kekacang, disyaki bertanggungjawap dalam pengaktifan sistemik lupus eritematosus (SLE). Walau bagaimanapun, kepekatan L-canavanine dalam Alfalfa iaitu 4.3mg/kg adalah sangat rendah berbanding sumber makanan seperti tepung lentil (2800mg/kg) dan bawang (10 000mg/kg). Selain itu Alfalfa protein tidak membawa kepada anti-DNAds dan pengeluaran antibodi (penanda SLE) dalam kajian SLE. Panel On Dietetic Products, Nutrition and Allergies, European Food Scientific Authority menyimpulkan bahawa kandungan L-canavanine dalam Alfalfa adalah tidak menimbulkan kebimbangan.

Oleh itu, sekali lagi, kesan mudarat, berbahaya atau tidak ianya bergantung kepada cara pengambilan. Maka bersederhanalah, dan fokus kepada khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam Alfalfa Complex Shaklee, dan semestinya mengikut panduan dan cara pemakanannya yang betul.

Semoga dengan perkongsiannya ini dapat meleraikan segala kekusutan dan persoalan orang ramai tentang ALFALFA COMPLEX Shaklee.



(credit to bayigenius.com)

Anda masih ada persoalan mengenai ALFALFA? Apa kata anda hubungi saja saya..

call/sms/whatsapp ke 0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
Like FB Page The Vitamin Story

Saturday 18 January 2014

Apakah Penyakit Gout?

Penyakit Gout adalah disebabkan asid urik yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal asid urik dipersekitaran sendi atau di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.


Mengapakah asid urik berlebihan dalam darah?

Metabolisme dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan. Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca dari faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam pemakanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilanh ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan ubat diuretik.

Apakah yang akan berlaku kepada asid urik yang berlebihan?

Asid urik yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi yang menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukkan 'tophi' dan batu karang di dalam buah pinggang.

Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap asid urik yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah penting untuk golongan pesakit ini.

Apakah yang akan berlaku sekiranya penyakit ini dibiarkan berlanjutan?

Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan asid urik yang berlebihan akan membentuk 'tophi' di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan asid urik di buah pinggang yang membnetuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bagaimana gout dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan x-ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

Bilakah serangan gout boleh berlaku?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout contohnya:

  • kekurangan air dalam badan atau berpuasa
  • makan makanan kaya purin secara berlebihan
  • minum alkohol berlebihan
  • kecederaan pada sendi
  • selepas pembedahan
Tanda-tanda dan gejala penyakit gout
  • sakit sendi berlaku secara tiba-tiba terutama di ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki
  • sendi menjadi bengkak
  • sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit
  • demam
Pengurusan pemakanan pesakit gout


Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.



Makanan untuk mencegah gout?


sumber:
www.myhealth.gov









Friday 17 January 2014

Apa Itu Penyakit G6PD?

Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.




Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992). Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau komplikasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.

Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki. Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).


Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.


Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.

*   Ubat gegat.

*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.

*   Minyak gosok.

*   Kacang parang.



Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan  kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.

Sumber :-
http://pama.karangkraf.com/bayi/apa-itu-penyakit-g6pd-1.172324
http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD


Monday 13 January 2014

Jenis-jenis Kegemukkan


Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal.

Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
• Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging/lemak
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ni kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


Harus diingatkn kadar penyerapan makanan oleh usus bersih adalah 75% berbanding 25% sebelum dcuci.

Kategori Gemuk



1. Gemuk bentuk badan epal (android obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan kawasan perut. Kandungan lemak di sekitar organ boleh menyebabkan pelbagai kelainan metabolik seperti gangguan toleransi glukosa, diabetes, kadar kolesterol dan trigliserida meningkat serta hipertensi.

2. Gemuk berbentuk pear (gynoid obesity pattern)

Jenis ini dikenali sebagai kegemukan di kawasan pinggul dan peha. Umumnya berlaku di kalangan wanita.

Shaklee ada menawarkan beberapa rangkaian produk untuk pelangsingan. Anda boleh pilih mengikut bajet yang anda ada. Menyusu badan? Pun tiada masalah. Mudah bukan??

BAKAR

BUANG

BINA



Jika anda berminat untuk mencuba set pelangsingan Shaklee, jom ..
Whatsup/sms/call saya Lisa 0199741794
pm saya di FB Liss Nurr

Petua Dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.



13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet



15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.



26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.



32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

sumber: http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html

Thursday 9 January 2014

Meroyan (kemurungan posnatum)

Berapa meluaskah kejadian meroyan atau kemurungan posnatum?

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Pendapat sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini. 

Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan yang sesuai, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan tidak seperti murung bayi, adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan. 
Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:

  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum. 

Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Jika anda mengalami kemurungan semasa kehamilan, ketibaan bayi anda mungkin tidak dapat membantu meringankan beban anda. 

Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kurang diketahui kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti: 

  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.


Bagaimanakah meroyan atau kemurungan posnatum dirawat?

Yang penting untuk diingati tentang meroyan atau kemurungan posnatum ialah dengan bantuan yang sesuai, anda akan pulih. Ia boleh dirawat dengan: 

Terapi berbual 
Berbincang dengan suami atau seorang rakan mungkin membantu, tetapi kadangkala mungkin sukar bagi mereka memahami apa yang dilalui oleh anda. Doktor andalah orang utama yang boleh membantu. 

Doktor anda boleh merujukkan anda kepada satu kumpulan sokongan, kaunselor atau ahli psikoterapi. Dia juga mungkin boleh mengaturkan terapi perlakuan kognitif (TPK). TPK boleh mengajar anda tentang strategi-strategi harian bagi mengatasi meroyan atau kemurungan. Jika meroyan atau kemurungan posnatum anda itu jenis yang teruk, anda mungkin dirujukkan kepada ahli psikologi atau psikiatri. 

Antidepresi 
Antidepresi bertindak dengan mengimbangkan kimia-kimia dalam otak anda. Ianya menambahkan jumlah hormon serotonin, bagi meringankan perasaan, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Antara lima hingga tujuh wanita dalam 10 yang mengambil antidepresi mendapati bahawa simptom meroyan atau kemurungan mereka menjadi reda dalam beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Pada mula-mulanya pil-pil pertama itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan, tetapi selepas 10 hari hingga dua minggu, anda akan merasa lebih sembuh. 

Antidepresi yang paling biasa dipreskripsikan untuk meroyan atau kemurungan posnatum ialah:
fluoxetine (Prozac);
sertraline (Lustral);
paroxetine (Seroxat);
Ada kalanya antidepresi tidak membawa sebarang kesan. Ia mungkin mendatangkan kesan sampingan dan kadangkala bagi beberapa orang, ada berlaku dependensi, walaupun ini kurang berlaku dengan antidepresi yang terbaru. 

Ia kadangkala memasuki susu ibu, walaupun jumlahnya amat sedikit. 
Paroxetine dan sertraline lebih kerap digunakan daripada fluoxetine untuk ibu yang menyusu badan. Bagi ubat-ubat ini, lebih sedikit yang masuk ke dalam susu ibu. Jika bayi anda kelihatan meragam atau mengantuk selepas anda mengambil antidepresi, beritahulah doktor anda. 

Ramai ibu yang mengambil antidepresi juga menyusu badan sebab ianya menambahkan keyakinan diri mereka dan memperkuatkan ikatan dengan bayi mereka. Perasaan rapat dengan bayi anda akan membantu anda mengatasi meroyan atau kemurungan posnatum. 

Jika anda bercadang untuk mengambil antidepresi, bercakaplah dengan doktor anda untuk memahami dengan jelas risiko-risiko yang ada dan manfaat yang boleh diperolehi. Anda kemudian boleh membuat keputusan yang berasaskan maklumat tentang apakah pilihan yang paling selamat bagi anda dan bayi anda. Beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan disebabkan antidepresi dan ikutilah nasihatnya sebelum anda berhenti mengambilnya. 

Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

Cuba dapatkan banyak rehat 
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 

Makan makanan yang sihat dan seimbang 
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga. 

Buat senaman ringan 
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini. 

Bergaul dengan ibu-ibu lain 
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain. 

Bersikap baiklah terhadap diri sendiri 
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri. 
Bagaimanakah suami, rakan-rakan dan keluarga boleh membantu?

Kadangkala adalah sukar bagi mereka yang paling rapat dengan anda untuk memahami betapa teruknya penderitaan anda. Namun begitu, mereka memainkan bahagian yang besar dalam memberi sokongan kepada anda. Beritahu mereka apa yang anda sedang alami. Berikan mereka informasi yang ada pada anda tentang meroyan atau kemurungan posnatum. Ini akan menolong mereka membantu anda. 

Suami anda pun mungkin mengalami kemurungan, jadi, memahami bagaimana dia boleh membantu anda akan membantu dia memulihkan diri juga. 

Jangan segan untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang menyayangi anda. 
Sokongan praktikal, seperti membantu membuat kerja rumah, sudah boleh menolong mengurangkan depresi anda. Menolong menjaga bayi anda untuk satu jam pun, supaya anda boleh bersama-sama suami, akan membantu menyegarkan anda. Anda boleh meminta orang-orang tersayang membaca artikel kami tentang bagaimana menolong seorang yang menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum. 

Bolehkah saya mengelakkan daripada meroyan atau kemurungan posnatum?

Setengah doktor berpendapat bahawa jika anda mendapatkan suntikan hormon progesteron secara teratur selepas melahirkan, risiko meroyan atau kemurungan posnatum akan berkurangan. Bukti untuk ini tidaklah kuat, tetapi anda mungkin mahu mencubanya jika anda mempunyai sejarah kemurungan atau meroyan. Minta informasi lanjut daripada doktor anda. 

Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan apabila sudah mendapat bayi anda. 



SUMBER: http://www.babycenter.com.my