Mengapakah asid urik berlebihan dalam darah?
Metabolisme dan pengendalian asid urik yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya mengakibatkan asid urik yang berlebihan. Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca dari faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam pemakanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilanh ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan ubat diuretik.
Apakah yang akan berlaku kepada asid urik yang berlebihan?
Asid urik yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi yang menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukkan 'tophi' dan batu karang di dalam buah pinggang.
Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan 'hyperuricemia'. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap asid urik yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah yang akan berlaku sekiranya penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan asid urik yang berlebihan akan membentuk 'tophi' di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan asid urik di buah pinggang yang membnetuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimana gout dikesan?
Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal asid urik. Ujian darah dapat menentukan tahap asid urik. Pemeriksaan x-ray dan USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Bilakah serangan gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout contohnya:
- kekurangan air dalam badan atau berpuasa
- makan makanan kaya purin secara berlebihan
- minum alkohol berlebihan
- kecederaan pada sendi
- selepas pembedahan
Tanda-tanda dan gejala penyakit gout
- sakit sendi berlaku secara tiba-tiba terutama di ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki
- sendi menjadi bengkak
- sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit
- demam
Pengurusan pemakanan pesakit gout
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.
Makanan untuk mencegah gout?
sumber:
www.myhealth.gov



No comments:
Post a Comment