Dr Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. 'Bebanan' ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai 'eustress' dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai 'distress'. Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang kita sedang lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu, contohnya Alexander Graham Bell yang berusaha membantu tunangnya yang telah kehilangan pendengaran dengan mencipta telefon yang telah meledakkan sistem komunikasi pada hari ini.
Apa Yang Berlaku Ketika Stress?
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah ( untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan bertukar menjadi 'distress' yang boleh menyebabkan kita ditimpa penyakit tertentu.
Apakah Gejala Umum Stress?
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat;
Fizikal : Keletihan ,pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh
Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, sukar membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul , marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran
Perangai : Keluh kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki-hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Masalah Kesihatan Dan Penyakit Yang Berpunca Dari Stress
- Sakit jantung dan angin ahmar (stroke) ~ Stress akan menambahkxab asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolestrol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar (Health Education Associates,1996)
- Insomnia ~ Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur, dan susah tidur boleh menyebabkab stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri 36 hingga 62 juta orang. ( Jeff Davidson, 1977;The Complete Idiot's Guide To Managing Stress)
- Kencing Manis ~ Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau memburukkan keadaan pesakit kencing manis. (Carol E. Watkins; Northern Country Psychiatric Associates 1998)
- Gastrik dan Ulser ~ Penyakit-penyait pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku ke atas seseorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserang stress, terutama jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang melampau (Ballieux, R.E.,1984; Breakdown in human adaption to stress )
- Infeksi atau Jangkita Kuman ~ Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan 'cateocholamines' seperti'epinephrine' dan 'norepinephrine' ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994). Kajian juga telah menunjukan bahawa stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74%-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27%-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula.(Brosschot, J.F.,Bendchop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Balliieux, R.E., 1994; Influence of the life stress on immunological reactivity to ild psychological stress: Psychosomatic Medicine)
- Asthma ~ Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliot G.R.,Eisdorfer C.,1982; Stress and Human Health)
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colotis), mandul dan alahan kulit. (Dr Maria A.Smtih, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology:Stress&Disease)
(credit to: drdanial.faithweb.com)
Ha..jangan stress pulak baca artikel pasal stress ni hihi. Rileks wokey..jangan stress-stress tau...Stress perlu dikawal dan ditangani dengan baik. Untuk mengatasi stress ni jom tengok produk shaklee yang mana satu dapat menolong kita mengatasi stress ni..
Ya. Vitamin B-Complex Shaklee.
Bagaimana B-Complex Shaklee membantu?
- Vitamin B1 (Thiamin) ~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan fungsi saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisme
- Vitamin B2 (Riboflavin) ~memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
- Vitamin B3 (Niacin) ~ membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik dan membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi yang seterusnya meninggikan kadar untuk mengidap sakit mental
- Vitamin B5 (Pantothenic acid) ~ membantu mengurangkan stress fizikal/mental , membantu mengurangkan penuaan pramatang
- Vitamin B6 (Pyridoxine) ~ vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan mengakibatkan depresi.
- Vitamin B7 (Biotin) ~ penting dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein, membantu membentuk hormon,untuk kesihatan kulit dan rambut, mengatur kadar gula dalam darah dan membantu pembentukan sel darah merah
- Vitamin B9 (asid Folik) ~ penting bagi wanita hamil bagi kesihatan ibu dan kandungan, meningkatkan produksi sel darah merah,mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah serta stroke, untuk kesihatan mental (depresi), meningkatkan dan membangunkan fungsi otak serta baik untuk kulit
- Vitamin B12 (Cobalamin) ~ mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depresi/tidak tenteram
Ha..baca testimoni pengguna ni ye..
Bagus kan Vitamin B Complex ni. Saya adalah pengguna tetap Vitamin B Complex ni dan saya memang sukakannya. Botol kecilnya memudahkan saya membawanya dalam beg tangan. Anda pula?
Jika anda perlukan info lanjut dan mahu dapatkan tawaran harga menarik dari saya, jom hubungi saya melalui mana-mana cara di bawah ye;
call/sms saya LISA di talian 0129875143/0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page The Vitamin Story



No comments:
Post a Comment