Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis serta ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijiran sarapan diperkaya dengan asid folik.
Mengapa Anda Perlukan Asid Folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang meliputi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda
Berapakah Jumlah Asid Folik Yang Anda Perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400mcg (mikrogram) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah Sumber Makanan Yang Terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan yang mengandungi 100-200 mcg folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan
- kacang bendi, setengah cawan
- asparagus, setengah cawan
- lentil, setengah cawan
- hati, 1 keping
- 11 batang taugeh brussels
- kacang mata hitam, 4 sudu makan
- emping bran, 7 sudu makan
- germa gandum, 25g / 1 aun
- betik sederhana besar
Makanan yang mengandungi 50-100mcg folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk
- buah oren saiz besar
- nasi putih, setengah cawan
- oat, setengan cawan
- kacang merah, setengah cawan
- jagung saiz besar,1
- biji bunga matahari, 1 aun
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang yang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
(SUMBER: www.babycenter.com.my)
Ibu hamil juga boleh mencuba Vitamin B Complex keluaran Shaklee. Ia sangat istimewa kerana mengandungi SEMUA 8 kumpulan Vitamin B yang penting iaitu;
~B1 -Thiamin
~B2 - Riboflavin
~B3 - Niacin
~B5 - Panthothenic Acid
~B6 - Pyridoxine
~B7 - Biotin
~B9 - Folic Acid
~B12 - Cyanocobalamin
Vitamin B-kompleks yang dibekalkan percuma di klinik kerajaan semasa pemeriksaan rutin kehamilan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1~Thiamin, B2~Riboflavin dan B3~Niacin. Apabila ibu hamil mengambil bekalan vitamin B kompleks dan asid folik dari klinik itu, ibu hamil masih kekurangan Vitamin B5~Panthothenic Acid, Vitamin B6~pyridoxine, Vitamin B7~Biotin dan Vitamin B12~Cyanocobalamin
Setiap kumpulan B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi unik dalam tubuh manusia.
- Vitamin B1, B2, B3 dan Biotin mengambil bahagian dalm pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu memberi tenaga dan mengurangkan keletihan
- Vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino
- Vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel
Ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan B-Complex selepas bersalin dan semasa menyusukan bayi kerana B-Complex juga bersifat sebagai penenang atau anti-stress. Kulit ibu pun gerenti cantik dan mulus. Ingat, B for Beauty ye :)
Jika berminat untuk mencuba, atau nak dapatkan lebih info, jom hubungi saya...
~call / sms jer 012-9875143/ 019-9741794
~pm saya Lisa di FB Liss Nurr
~like FB Page The Vitamin Story untuk info terkini





No comments:
Post a Comment