Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda telah mendapat susu yang mencukupi, terutama jika dia mahu menyusu setiap masa atau nampak tidak puas selepas menyusu, Selepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Mungkin dia memang lapar kerana susu badan selesai dicernakan dalam masa dua jam selepas menyusu.
Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama hidupnya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya dan juga tanda-tanda yang si manja tidak menyusu secukupnya. Penyahhidrata pada bayi jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor jika terdapat keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah;
- Bayi menyusu lapan hingga sepuluh kali sehari pada dua atau tingga minggu pertama
- Payudara terasa ringan dan lembut setelah selesai sesi penyusuan
- Kulit bayi terasa tegang- ia akan memantul semula apabila ditekan
- Kelihatan bayi menelan semasa menyusu
- Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.
- Najis bayi berwarna kuning gelap atau sering gelap (tidak berwarna putih atau kelabu), najisnya semakin berwarna cerah selepas hari ke lima kelahirannya.
- Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas apabila bBangun tidur
- Air kencingnya berwarna kuning pucat, bukannya kuning pekat atau jingga.
Bagaimana nak tahu bayi tidak cukup susu?
Berikut adalah tanda-tanda bayi kurang menyusu. Jika anda risau mengenai tanda-tanda berikut, rujuklah doktor dengan segera
- Bayi tidak mendapat semula beratnya sewaktu lahir atau menambahkan berat badan selepas dua minggu
- Payudara tidak berasa lembut selepas penyusuan
- Bayi meragam dan sering letih
- Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu (tanda teknik penyusuan yang salah)
- Selepas hari ke lima kelahiran, anda tidak menyalin lampinnya sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam
- Bayi tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran
- Muka bayi tidak berisi dalam masa tiga minggu
- Kulit bayi tetap berkerut selepas minggu pertama
- Bayi semakin berwarna kekuningan
Anda akan tahu anda telah menyusui bayi anda secukupnya apabila;
- Bayi melekap pada payudara dengan baik dan menyusu bila terasa lapar
- Penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan
- Bayi akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti ketika menyusu, mula menyusu tanpa henti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang
Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.
Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.
SUMBER: www.babycenter.com
Pa&Ma Karangkraf


No comments:
Post a Comment