kekurangan darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seseorang yang mengidap masalah kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus hemoglobin.
Punca Kurang Darah
Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah:
- Kurang pengambilan makanan yang mengandungi zat besi
- Ibu kerap bersalin
- Masalah kecacingan
- Pendarahan faraj atau buasir
- Jangkitan salur kencing
- Penyakit limpa
- Malaria
- Kanser atau barah
Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Mengalami Simptom Hb Rendah Semasa Hamil?
Tanda-tanda yang biasa dialami oleh pesakit anemia ialah
- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih dan lesu
- Rasa mahu pitam apabila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah atau keletihan, hati berdebar-debar
Bagaimana HB rendah semasa hamil boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika membuat pemeriksaan awal di klinik sebaik sahaja mengetahui diri anda hamil. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian HB. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah adalah kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah atau Hb rendah
Jangan pandang rendah dengan masalah Hb rendah semasa hamil kerana anda berisiko untuk;
- mengalami keguguran
- melahirkan anak pramatang
- anak meninggal dalam perut
- melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- keluaran susu badan berkurang
- mudah mendapat penyakit lemah jantung
- mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- membawa MAUT
Penjagaan Ibu Hamil Yang Mengalami Masalah HB Rendah
- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, bijiran,telur, ikan basah,daging, hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan secukupnya
- Dapatkan rawatan awal di klinik apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat sebagaimana yang dinasihatkan
- Berdoa semoga ibu dan bayi selamat dilahirkan tanpa apa-apa masalah
Apa Yang SHAKLEE Ada Untuk Mengawal Anemia Sewaktu Hamil?
Vita-lea Iron Formula ~ mengandungi zat besi yang membantu mengatasi masalah kekurangan zat besi
Vitamin B Complex (lengkap dengan asid folik) ~ Vitamin B12 mencegah anemia manakala Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah
Vita C Sustained Release ~ Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih efisien.
Credit to: Vitamin Ria
Untuk info lanjut atau melakukan pesanan, sila hubungi saya melalui cara berikut;
call/ sms di talian 0129875143/0199741794
pm saya di FB Liss Nurr
like FPage The Vitamin Story





No comments:
Post a Comment