Friday 14 March 2014

Mengurangkan Berat Badan Secara Sihat Selepas Bersalin??

Bilakah SAYA boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?

Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil.





Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat.

Bagaimanakah SAYA boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:

  • jangan tinggal sarapan pagi;
  • makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
  • pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.


Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar.

Bagaimana jika SAYA menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula.

Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.

Bilakah badan SAYA akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?

Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.

Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik.

Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal.



SUMBER :http://www.babycenter.com.my

Kepada ibu-ibu di luar sana yang mencari-cari produk pelangsingan yang sesuai untuk ibu menyusu, apa kata anda cuba set pelangsingan untuk ibu menyusu dari SHAKLEE pula. Jangan risau, ia tidak mengganggu penyusuan, malah ia juga bertindak sebagai MILK BOOSTER. Kita langsing, si manja kenyang!! Memang awesome kan?


SET PELANGSINGAN IBU MENYUSU A

Untuk makluman, saya adalah pengguna set pelangsingan A ini tau..

SET PELANGSINGAN IBU MENYUSU B

Jika anda mempunyai ada bajet lebih, saya cadangkan anda mencuba set B. Mengapa?? Kerana Omega Guard yang berfungsi sebagai pemecah lemak bertindak lebih pantas berbanding Lecithin. Harga? Dah tentu mahal sikit berbanding Lecithin..tapi berbaloi..:)

Berminat untuk mencuba? Perlukan lebih info?Meh hubungi saya;

sms/whatsapp 0199741794
sms/call 0129875143
pm saya di FB Liss Nurr
like FB Page saya The Vitamin Story

No comments:

Post a Comment