Friday, 13 December 2013

Set Pelangsingan Ibu Menyusu

Ha..ibu-ibu sekalian...dah nama pun wanita kan, sape tak nak tubuh langsing cantik menawan. Kalau tak slim  pun, sekurang-kurangnya kita tentu inginkan berat badan sama macam zaman anak dara dulu. Maklum sahajalah, bila dah beranak-pinak, di tambah pula dengan peningkatan usia, topik menguruskan badan ni memang HOT memanjang. Bagi ibu-ibu yang menyusu pula, bukan sahaja tidak boleh mengambil produk pelangsingan badan sebarangan tapi nak berdiet secara berlebihan pula kurang sesuai dan kurang disyorkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu untuk si manja dan mendatangkan kemudaratan kepada bayi.

Sebenarnya, menyusukan badan tidak membuatkan berat badan seorang ibu bertambah. Malahan ada sesetengah ibu pula dapat mengekalkan berat badan ideal dengan menyusukan bayi mereka. Menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusu kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200-500 kalori setiap hari. Nah, mudah bukan? Tapi berkata-kata mungkin tidak semudah pelaksanaan, kerana terdapat banyak faktor yang mendorong peningkatan berat badan ibu selepas melahirkan bayi. Salah satunya mungkin kadar kalori yang diambil atau dengan kata lainnya, perlunya kita menjaga pemakanan yang diambil setiap hari.

Terdapat beberapa panduan mudah untuk ibu-ibu amalkan jika berhasrat menjaga berat badan. Yang pertama, minumlah air yang secukupnya, iaitu secara mudahnya, 25kg berat badan bersamaan 1 liter air. Bermakna,jika berat badan ibu adalah 60kg bermakna minumlah air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme badan pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya minum air selepas setengah jam makan. Sebenarnya minum air yang banyak dapat mengawal rasa lapar. Tak percaya?Cubalah...

Yang kedua, makanlah semasa perut lapar seperti sabda Nabi Muhammaad, " makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik ialah makan 4-6 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang kecil. Jika kita jenis yang suka mengunyah, seelok-eloknya ambillah snek yang berkhasiat di antara waktu lapar. Mungkin buah-buahan atau buah-buahan kering boleh membantu seperti aprikot atau buah tin. Yang ketiga, jangan sesekali meninggalkan sarapan. Sebab? Secara teorinya, meninggalkan sarapan menyebabkan kita makan secara berlebihan untuk sesi makan yang seterusnya.

Kita juga perlu mengunyah makanan secara perlahan-lahan. Paling baik sekali makanan perlu dikunyah sehingga 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan memberi isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat.Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita sudah terlebih kenyang.

Makanan yang diambil juga perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa yang lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat yang sangat penting dalam metabolisme lemak. Jika kekurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan. Kesimpulannya, makanan yang diambil perlulah seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu.Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat yang membawa kepada potensi penyakit kencing manis manakala makanan rapu mengandungi garam yang berlebihan yang mendedahkan risiko penyakit darah tinggi.

Ibu-ibu juga digalakkan memperbanyakkan aktiviti fizikal. Tidak susah sebenarnya, tidaklah sampai perlu ke gimnasium atau ke kelas aerobik. Cukuplah dengan kerja seharian di rumah seperti mengemop lantai,membersihkan bilik air, berjalan turun naik tangga, berkebun atau pun berjoging  sesekali di hari minggu.

SET PELANGSINGAN UNTUK IBU MENYUSU

Ha, ni ada berita baik untuk ibu-ibu yang menyusukan badan tapi pada masa yang sama teringin untuk berdiet kuruskan badan. Shaklee menyediakan beberapa supplemen yang sesuai untuk membantu ibu-ibu kembali langsing serta mendapatkan berat badan ideal dan kekal sihat. Pulak tu, pada masa yang sama susu ibu tidak berkurang, malah insyaAllah bertambah. Apa dia produknya?Jom semak..



LECITHIN
~membakar/ memecahkan lemak berlebihan dalam badan

ALFALFA
~berfungsi sebagai detoks untuk menyingkirkan toksin yang berlebihan serta lemak yang telah 'dibakar' /'dipecahkan' oleh lecithin
~berfungsi sebagi milkbooster
~untuk keintiman
~mencuci usus

ESP
~membekalkan protein harian
~memberi tenaga
~protein soya yang terbaik yang membantu memberikan rasa kenyang berpanjangan
~milkbooster terbaik untuk ibu menyusu
~mencantikkan kulit,menghilangkan parut-parut

KENAPA TERBAIK?

  • Set ini membantu menurunkan berat badan berlebihan secara selamat dan efektif
  • Alfalfa dan ESP turut bertindak sebagai milkbooster dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan. Jadi ibu-ibu tidak perlu risau dengan masalah susu merudum jika mengambil set pelangsingan ini
  • Alfalfa membantu ibu-ibu mengatasi masalah sembelit, dengan syarat ibu-ibu perlu minum air dalam jumlah yang sepatutnya
  • Kulit semakin cantik,mulus dan anjal serta parut-parut di badan mulai memudar
Jadi, set LECITHIN + ALFALFA +ESP  merupakan kombinasi yang terbaik dan berkesan untuk ibu menyusu yang ingin kuruskan badan dan pada masa yang sama masih mahu meneruskan misi penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun.

Untuk sebarang info,pertanyaan atau nak dapatkan harga cun dari saya, janganlah malu-malu hubungi saya

~ call/sms saya LISA 0129875143 / 0199741794
~pm saya di FB Liss Nurr 
~like FB Page The Vitamin Story











No comments:

Post a Comment