Friday, 20 December 2013

Kejang Betis Semasa Hamil

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.

Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:

*Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.

*Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.

*Perut yang semakin membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri lama atau berjalan lebih lama


Apa perlu buat?

*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

*Urut otot yang kejang itu.

*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.

Tip elakkan kekejangan betis

  • Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
  • Banyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium (kalium) dan magnesium seperti pisang dan produk tenusu.
Sekarang dah tahu kan apa punca serangan kejang kaki dan bagaimana cara nak atasi masalah ini. Sama-samalah kita  berusaha untuk menjaga kesihatan diri , bukan sahaja semasa hamil tetapi juga sesudah bersalin.Sebabnya si kecil perlukan kita, maka kita pun sentiasa kena mantap, baru dapat cergas dan bertenaga.

Sekiranya ibu-ibu mencari produk yang dapat memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan semasa sedang hamil ini, suka sekali saya mencadangkan OSTEMATRIX. Ostematrix ini boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda. Sebiji kaplet Ostematrix adalah bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium atau 80 biji badam.



Jom intai apa kata pengguna Ostematrix Shaklee ni..






Kalau ibu-ibu berminat untuk mencuba Ostematrix ni, ataupun inginkan lebih info, boleh berhubung terus dengan saya melalui mana-mana cara di bawah ye;
~ call/ sms 012-9875143/019-9741794 (Lisa)
~ pm saya di FB Liss Nurr
~like FB Page saya untuk lebih info The Vitamin Story

No comments:

Post a Comment