Pengalaman ketika hamil memang banyak cerita suka dan dukanya. Antara sakit popular yang dialami oleh ibu hamil terutama di akhir kehamilan adalah sakit pinggang.
Apabila sudah duduk atau berbaring, sukar bagi ibu hendak bangun kerana rasa sakit di bahagian pinggang. Antara faktor yang menyebabkan ibu mengalami sakit pinggang adalah: 

1.    Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga kawasasn pelvik mengembang mengikut tumbesaran bayi.
2.    Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram sepanjang kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.
3.    Perubahan bentuk badan ketika mengandung yang semakin membesar sehingga mengubah kestabilan diri anda.



Sebelum rasa sakit pada pinggang akan mengganggu keselesaan sepanjang kehamilan, anda perlu mengambil langkah pencegahan awal. Berikut beberapa tip mencegah rasa sakit pada pinggang ketika hamil:

* Sebaik disahkan mengandung, tukar kasut anda. Pakai kasut tanpa tumit yang direka khas untuk ibu mengandung. Ia dapat mengurangkan masalah ketegangan pada tulang.
* Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama.
* Tidurlah dalam posisi mengiring dengan bantal di antara kedua kaki anda jika sakit pinggang juga dirasakan ketika tidur.
* Pada trimester kedua anda boleh meletakkan bantal di bawah perut. Ini akan membuat anda berasa lebih selesa.
* Gunakan tali pinggang khusus ibu hamil yang membantu menyokong perut  dan mengurangkan rasa sakit pada pinggang.
* Jika rasa tegang atau kram menyerang otot anda, gunakan ais batu atau atau air hangat yang di masukan dalam kantung kompres untuk menuam pinggang otot anda setidaknya selama 10 hingga 15 menit.
* Biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 menit setiap hari.
* Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membungkuk atau tegak.
* Hindari mengangkat benda berat atau menggendong anak

Sebaiknya para ibu hamil berusaha untuk mendapatkan keperluan nutrisi yang mencukupi bagi menjaga tahap kesihatan ibu dan seterusnya mengurangkan sebarang komplikasi ketika kehamilan. Untuk mengurangkan masalah sakit pinggang atau sakit belakang sepanjang kehamilan, wanita hamil disarankan untuk mendapatkan cukup kalsium, kalium dan magnesium.
Kalsium dan magnesium sangat penting dalam membantu memelihara fungsi saraf yang normal yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh. Sekiranya fungsi saraf ini tidak berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan pelbagai masalah seperti sakit belakang dan kejang kaki. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot berkerja keras ketika kontraksi berlangsung manakala kehadiran magnesium membantu fungsi kalsium dengan lebih optimum. Wanita hamil boleh mendapatkan mineral kalsium dan magnesium melalui amalan pemakanan seharian seperti  produk tenusu dan sayuran hijau.



Kalau sukar nak maintain makan makanan yang kaya dengan kalsium-magnesium ni, ibu hamil bolehlah cuba produk kalsium-magnesium Shaklee pula iaitu OSTEMATRIX. Ia turut mengandungi vitamin D, Kuprum,Mangan, Zink dan Boron. Formula unik dalam OsteMatrix membantu meningkatkan penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.


Jom baca testimoni pengguna OsteMatrix;


Anda berminat untuk dapatkan OsteMatrix ? Mungkin untuk diri sendiri, atau hadiah untuk orang tua tersayang? Jom hubungi saya..anda akan dapat harga terbaik dan konsultasi percuma secara berterusan dari saya selepas belian produk..
~call @ sms jer saya Lisa 012-9875143/ 019-9741794
~pm saya di FB Liss Nurr
~like FB Page  The Vitamin Story untuk info terkini